Now Reading
Treler Bawa Muatan Konkrit Tercabut Sebelum Terbalik Di Lebuhraya PLUS, Tiada Kecederaan Berlaku

Treler Bawa Muatan Konkrit Tercabut Sebelum Terbalik Di Lebuhraya PLUS, Tiada Kecederaan Berlaku

Insiden treler yang membawa muatan konkrit itu tercabut dilaporkan berlaku di Kilometer 10.7 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan pada Isnin lalu (2 September).

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Apabila memandu di jalan raya, segelintir pengguna jalan raya akan berasa agak takut untuk berada berhampiran dengan kenderaan seperti lori, treler dan bas.

Selain saiz mereka yang lebih besar berbanding kereta biasa, faktor muatan mereka seperti kayu balak, besi, konkrit dan sebagainya yang berada di bahagian belakang juga menjadi punca kepada katakutan sesetengah pemandu.

Setiap kali nampak lori, treler dan bas berdekatan dengan kenderaan, pasti ada yang akan ‘overthink’.


Treler Bawa Muatan Konkrit Tercabut Di Lebuh Raya

Memetik laporan Berita Harian, satu insiden dilaporkan berlaku pada Isnin lalu (2 September) sekitar jam 2:35 petang selepas sebuah treler yang membawa muatan konkrit tertanggal sebelum terbalik di Kilometer 10.7 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata kejadian itu sekaligus menyebabkan muatan tiang konkrit yang dibawa oleh treler berkenaan jatuh dan pecah di atas jalan.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila treler yang membawa muatan batu konkrit panjang tertanggal dan terbalik di lorong kiri jalan.

“Keadaan itu menyebabkan muatan batu konkrit itu menghalang lorong sebelah kiri jalan dan hanya lorong kanan boleh digunakan kenderaan lain,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Kejadian itu dipercayai tular di laman Facebook komuniti kawasan setempat sebelum pihak polis menerima laporan polis berhubung kemalangan itu pada jam 5:34 petang pada hari yang sama.

Walau bagaimanapun, insiden terbabit tidak melibatkan sebarang kecederaan kepada pemandu treler yang merupakan lelaki tempatan berusia 26 tahun.

Susulan kejadian itu, kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 kerana gagal mengawal kenderaan ketika memandu sehingga menyebabkan kemalangan.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Sarian Mohd Shahrizah Mohd Lauri di talian 014-6633283.


Kejadian Hampir Sama Pernah Berlaku

Sebelum ini, wujud satu kes kemalangan pada 9 Julai lalu melibatkan seorang wanita yang mengalami cedera parah akibat dihempap kayu balak yang terjatuh dari sebuah lori.

Mangsa yang sedang menunggang motosikal nyaris maut selepas muatan kayu balak itu terbalik ketika melalui persimpangan lampu isyarat berhampiran Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, Kelantan.

Sumber: MSN

Penunggang motosikal wanita dikenali sebagai Siti Norelyana Kamaruzan menyifatkan kejadian itu ibarat mati hidup semula selepas beberapa organ dalamannya hampir rosak dan mengalami patah pada lima tulang rusuk serta belakang.

Baca Artikel Berkaitan: Penunggang Motosikal Wanita Cedera Parah Dihempap Kayu Balak Jatuh Dari Lori Terbalik Di Kelantan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd