Now Reading
Arab Saudi Umum Projek Kereta Kabel Ke Gua Hira, Dijangka Mula Operasi Tahun 2025

Arab Saudi Umum Projek Kereta Kabel Ke Gua Hira, Dijangka Mula Operasi Tahun 2025

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Samaya Investment Company, projek kereta kabel ke Gua Hira ini berada di fasa akhir persiapan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum mengetahui, Gua Hira yang terletak di sebuah puncak bukit dikenali sebagai Jabal Nur merupakan tempat yang menjadi saksi Rasulullah SAW dilantik sebagai Nabi dan Rasul. Di situ jugalah Nabi Muhammad SAW menerima wahyu pertama.

Buat mereka yang mengerjakan ibadah haji atau umrah di Mekah, tidak lengkaplah perjalanan anda kalau tidak mengunjungi gua penuh bersejarah ini.

Pun begitu, segelintir jemaah mengambil keputusan untuk tidak berkunjung ke lokasi tersebut atas beberapa faktor sebagai contoh tidak larat mendaki gunung, kawasan yang terlalu sesak, jalan curam dan banyak lagi.


Arab Saudi Umum Projek Kereta Kabel Ke Gua Hira

Mempertimbangkan masalah tersebut, kerajaan Arab Saudi telah mengumumkan projek sistem kereta kabel ke Gua Hira. Fasiliti itu dijangka mula beroperasi pada tahun 2025.

Perkara ini disahkan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Samaya Investment Company, Fawaz Al-Muhrej yang memaklumkan projek berada di fasa akhir persiapan.

Memetik Arabian Business, projek berkenaan bertujuan memudahkan dan meningkatkan akses ke Gua Hira di Jabal Nur. Untuk info, gunung setinggi 634 meter tersebut terletak kira-kira empat kilometer (km) dari Masjid al-Haram, Mekah.

Projek ini adalah sebahagian daripada rancangan pembangunan lebih luas oleh Arab Saudi termasuk pembukaan tiga muzium baharu di Jabal Omar, yang dijadualkan pada tahun sama dan penyiapan Daerah Budaya Hira yang dibuka tahun lalu (2023).

Daerah budaya yang terletak berdekatan dengan Jabal Nur itu terdiri daripada keluasan lebih 67,000 meter persegi.


Operasi Khidmat ‘Teksi Terbang’ Permudahkan Perjalanan Jemaah Haji

Projek kereta kabel ini bukanlah inisiatif pertama dilakukan bagi memperbaiki akses dan kemudahan perjalanan jemaah haji dan umrah di Arab Saudi.

Terdahulu, syarikat penerbangan nasional, Saudi Arabian Airlines (Saudia) telah memperkenalkan perkhidmatan ‘teksi terbang’ bertujuan membawa jemaah haji dari Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz di Jeddah ke hotel Mekah.

Sumber: X (@Lilium)

Menurut Pengarah Komunikasi Korporat dan jurucakap Kumpulan Saudia Abdullah Al-Shahrani, pembelian teksi terbang itu adalah sebagai persiapan menggunakan teksi udara sebagai mod pengangkutan baharu pada musim haji tahun 2024.

Beliau turut memaklumkan Kumpulan Saudia bersetuju membeli 100 jet Lilium, pesawat lepas landas dan pendaratan menegak elektrik Jerman (eVTOL) untuk aktiviti ulang-alik antara lapangan terbang Jeddah ke hotel Mekah iaitu berdekatan Masjid al-Haram serta tempat suci yang lain.

Baca Artikel Berkaitan: Saudia Bakal Mula Operasi Khidmat ‘Teksi Terbang’ Untuk Jemaah Haji


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd