Van Mobi Tawar RM2 Sahaja Untuk Setiap ‘Ride’ Sekitar Lembah Klang. Jimat Kos!
mobi merupakan van komuniti yang dikendalikan oleh BadanBas Coach Sdn Bhd dan telah dipilih sebagai salah satu syarikat untuk projek perintis di bawah program Mobility Selangor.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Selain dikelilingi dengan pelbagai lokasi menarik untuk dikunjungi, Lembah Klang turut menjadi destinasi tumpuan masyarakat kerana adanya kemudahan pengangkutan awam yang memudahkan pergerakan.
Cakap sahaja anda berada di mana, pasti akan ada pengangkutan awam di kawasan berhampiran seperti LRT, MRT, BRT, KTM dan bas. Kalau nak naik e-hailing pun tiada masalah kerana mudah untuk mendapat pemandu.
Namun, ada kalanya perkhidmatan ini kurang mendapat permintaan kerana beberapa faktor seperti harga mahal dan perlu menunggu untuk tempoh agak lama.
Selangor Perkenal Perkhidmatan Mobi Sebagai Van Kongsi
Bagi memudahkan pergerakan orang ramai, sebenarnya ada satu lagi perkhidmatan yang boleh digunakan sebagai alternatif iaitu dengan perkongsian van.
Sebenarnya perkhidmatan van ini sudah lama diperkenalkan tetapi kurang diuar-uarkan oleh orang ramai.
Kepada anda yang baru sahaja mengetahui tentang perkara ini, jom kami kongsikan tentang perkhidmatan van kongsi iaitu mobi.
Perkhidmatan van mobi
Untuk info, mobi merupakan van komuniti yang dikendalikan oleh BadanBas Coach Sdn Bhd dan telah dipilih sebagai salah satu syarikat untuk projek perintis di bawah program Mobility Selangor.
Perkhidmatan ini boleh digunakan dengan membuat tempahan menerusi aplikasi mobi Community Mobility dan anda perlu menunggu di perhentian mobi ‘virtual’ berdasarkan lokasi yang dinyatakan dalam peta.
Yang paling best, perkhidmatan ini hanya memakan kos RM2 sahaja untuk setiap perjalanan dan bayaran boleh dilakukan menggunakan cara seperti berikut:
- DuitNow
- Touch ‘n Go
- Kad kredit
- Wang tunai
- Pas My50 (bagi penumpang yang menaiki dari LRT)
Para pengguna boleh membuat tempahan seawal jam 6 pagi dan operasinya akan berakhir pada jam 10 malam.
Perkhidmatan ini akan melalui beberapa lokasi seperti kawasan perumahan, sekolah, universiti, pejabat, pusat membeli-belah dan stesen pengangkutan awam.
Pada awalnya, mobi disediakan di beberapa kawasan seperti berikut:
- Taman Megah
- Bandar Utama
- USJ
- Ara Damansra
- Sunway
- T778 LRT USJ21
- T774 LRT Glenmarie
- T786 LRT Asia Jaya
Walau bagaimanapun, dalam hantaran dimuat naik oleh mobi di laman Facebook mereka pada Julai lalu memaklumkan bahawa perkhidmatan tersebut akan ditamatkan di enam lokasi di tersebut:
- Taman Megah
- Bandar Utama
- USJ
- Ara Damansra
- Sunway
Wanita Ini Kongsi Pengalaman Menggunakan mobi
Menerusi hantaran dimuat naik di laman Instagram (@m__yu3n), seorang wanita berkongsi pengalamannya ketika menaiki van mobi ini semasa ingin menuju ke Taman Tun Dr Ismail (TTDI) dai Lembah Subang.
Katanya, perkhidmatan itu dilengkapi dengan ruang udara yang berpenghawa dingin, selesa dan luas.
Wanita itu turut menunjukkan tangkap layar dalam aplikasi tersebut yang memperlihatkan jenis kenderaan, nombor plat serta nama pemandu van.
Oleh kerana berpuas hati dengan perkhidmatan berkenaan, pengguna ini berharap servis itu akan lebih diketahui ramai dan dapat memperluaskan lagi ketersediaannya di pelbagai lokasi lain.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.