Now Reading
Punca Tanah Jerlus Di Kampung Kerinchi Bukan Disebabkan Oleh Paip Pembetungan Awam – IWK 

Punca Tanah Jerlus Di Kampung Kerinchi Bukan Disebabkan Oleh Paip Pembetungan Awam – IWK 

Pihak Indah Water mendapati aliran air kumbahan di jajaran paip pembetungan sekitar tanah jerlus di Jalan Pantai Permai, Kampung Kerinchi beroperasi dengan lancar seperti biasa.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Selain insiden tanah jerlus yang berlaku di Jalan Masjid India dan beberapa lokasi lain di sekitarnya, satu lagi kes turut mendapat perhatian ramai iaitu insiden sama di Jalan Pantai Permai, Kampung Kerinchi.

Insiden itu dilaporkan berlaku pada Isnin lalu (26 Ogos) sehingga mengakibatkan runtuhan pada kawasan longkang dan membentuk lubang besar.

Walau bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa direkodkan semasa kejadian itu berlaku dan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) turut melaksanakan kerja-kerja seperti pemasangan tali keselamatan, ‘water barrier’ dan kon sekitar jam 10 malam.


Paip Pembetungan Awam Bukan Punca Tanah Jerlus Di Kampung Kerinchi

Menerusi hantaran dimuat naik di laman Facebook Indah Water Konsortium Sdn Bhd pada hari ini (30 Ogos), pihak mereka menjelaskan kejadian tanah jerlus di Jalan Pantai Permai, Kampung Kerinchi bukan berpunca dari paip pembetungan awam milik IWK.

Perkara itu dimaklumkan selepas pemeriksaan lanjut yang dilakukan semalam (29 Ogos) mendapati aliran air kumbahan di jajaran paip pembetungan lancar seperti biasa.

“Pemeriksaan lanjut telah dibuat petang semalam dengan menggunakan kaedah CCTV dan hasil siasatan mendapati bahawa paip dan lurang pembetungan awam berada dalam keadaan baik dan tiada tanda-tanda kerosakan dikenalpasti,” jelas IWK menerusi yang dikeluarkan.

Susulan itu, pihak IWK berpendapat bahawa kejadian yang terjadi itu tersebut disebabkan oleh punca lain.

Hasil siasatan CCTV juga telah dimaklumkan kepada pihak DBKL.


Perkembangan Insiden Tanah Jerlus Di Jalan Masjid India

Genap seminggu berlakunya insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India. Namun, ia tidak mematahkan semangat pasukan penyelamat untuk meneruskan operasi mencari dan menyelamat (SA) mangsa iaitu seorang pelancong wanita dari India bernama Vijaya Lakshmi, 48,

Dalam perkembangan lain, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) memberitahu bahawa operasi SAR melibatkan kaedah penyelaman adalah terlalu berisiko.

Rakaman video tular semasa insiden tanah jerlus di Masjid India.

Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Pengarah JBPM Datuk Nor Hisham Mohammad berkata salah satu faktor yang dikenal pasti adalah disebabkan oleh aliran air bawah tanah yang deras, ruang sempit dengan sisa sampah serta ‘backlog’ keras di kawasan carian.

“Kita buat beberapa percubaan dari 5 petang semalam sehingga 1 pagi tadi, beberapa kali kita turun dan kita pecahkan (backlog) tetapi didapati memang mustahil, sangat sukar untuk kita pecahkan lemak tepu itu seperti bongkah simen, kita tembak pun tak pergi, kaedah tarik guna tali sehingga lapan orang pun tidak bergerak,” katanya.

Baca Artikel Berkaitan: “Takut Tapi Kena Lawan” – Anggota Bomba Kongsi Pengalaman Terlibat Operasi SAR Mangsa Tanah Jerlus

Baca Artikel Berkaitan: Ini 5 Tanda Untuk Kesan Lubang Benam, Hati-hati Dengan Kawasan Persekitaran!

Baca Artikel Berkaitan: “Rasa Allah Ada Dengan Saya” – Lelaki Peluk Islam Lepas Selamat Dari Insiden Tanah Jerlus Di Masjid India


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd