Now Reading
Kes Rogol Wanita 5 Tahun Lalu, Da’i Syed Dipenjara 10 Tahun & 3 Sebatan

Kes Rogol Wanita 5 Tahun Lalu, Da’i Syed Dipenjara 10 Tahun & 3 Sebatan

Hakim Norazalin Othman menjatuhi hukuman penjara 10 tahun dan 3 sebatan terhadap Da’i Syed selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir pembelaan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini (30 Ogos) menjatuhi hukuman penjara 10 tahun serta tiga sebatan terhadap pendakwah selebriti, Da’i Syed.

Hukuman itu diberikan susulan daripada kes merogol seorang wanita di sebuah kondominium di I-City, Seksyen 7, Shah Alam pada lima tahun yang lalu.

Hukuman penjara kuat kuasa hari ini

Memetik Harian Metro, Hakim Norazlin Othman membuat keputusan tersebut selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pembelaan.

Hukuman penjara yang diberikan berkuat kuasa bermula hari ini (30 Ogos).

Sebaik keputusan dimaklumkan, Da’i Syed atau nama penuhnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful yang baru sahaja bergelar bapa pada beberapa minggu lalu dilihat menangis teresak-esak sewaktu berada di dalam kandang tertuduh.

Malah dia turut dilihat memeluk si isteri, Hana Ismail berusia 38 tahun yang hadir menemaninya pada hari ini.

Hakim pada 10 Aprill 2023 lepas dan bebaskan Da’i Syed dari tuduhan

Terdahulu pada 10 April 2023, Hakim Rihaida Rafie telah melepas dan membebaskan pendakwah selebriti berkenaan dari tuduhan terbabit tanpa memanggil Da’i Syed untuk membela diri.

Sebelum ini Da’i Syed pada 10 Disember 2020 mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol wanita yang ketika itu berusia 23 tahun berkenaan jam 1.35 malam pada 11 September 2019.

Pendakwah itu didakwa di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan.

Susulan daripada kes tersebut, seramai 19 saksi pendakwaan telah dipanggil untuk memberikan keterangan pada perbicaraan yang bermula pada April 2022.

Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada 31 Mei kemudiannya melepas dan membebaskan pendakwah berkenaan dari dua pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii dan mencabul seorang pelajar sebuah kolej swasta.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd