Now Reading
Taufan Shanshan Landa Jepun, Warga Malaysia Di Sana Diminta Berhati-hati

Taufan Shanshan Landa Jepun, Warga Malaysia Di Sana Diminta Berhati-hati

Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo menggesa rakyat Malaysia untuk mengelak sebarang perjalanan di kawasan terjejas Taufan Shanshan sekitar Jepun.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Semalam (28 Ogos), Agensi Meteorologi Jepun (JMA) telah mengeluarkan amaran kecemasan berikutan Taufan Shanshan yang akan melanda selatan negara itu.

Susulan amaran tersebut, rakyat Malaysia yang kini berada di Wilayah Kagoshima, Pulau Kyushu, Jepun dinasihatkan untuk lebih berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga.

Menurut Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo di laman Facebook, warga Malaysia digesa untuk mengelakkan sebarang perjalanan ke kawasan terjejas sekiranya tidak perlu.

“Ketika ini, taufan yang diklasifikasikan sebagai ‘sangat kuat’ dijangka membawa hujan lebat, angin kencang, ombak tinggi, laut bergelora, dan berisiko menyebabkan tanah runtuh serta sungai banjir,” kata perkongsian tersebut.

Tambah pihak kedutaan, Taufan Shanshan dilaporkan sedang menghampiri Wilayah Kagoshima dan impak daripada bencana alam itu dijangka berlarutan hingga hujung minggu.


Hubungi Kedutaan Jika Perlukan Bantuan Konsul

Buat rakyat Malaysia yang mahu mendapatkan bantuan konsul, anda boleh menghubungi kedutaan menerusi talian di bawah:


Taufan Shanshan Ragut 3 Nyawa Di Kyushu, Jepun

Memetik BBC, taufan kuat itu telah meragut tiga nyawa dipercayai warga tempatan berhampiran Kyushu yang menempatkan sejumlah 12.5 juta penduduk.

Mangsa terdiri daripada pasangan suami isteri berumur sekitar 70 tahun dan juga anak lelaki mereka dalam lingkungan umur 30 tahun. Dua anak perempuan mereka pula dilaporkan mengalami kecederaan.

Taufan Shanshan ini melanda di bandar Satsumasendai sekitar wilayah Kagoshima jam 8 pagi waktu tempatan.

JMA turut berkata Shanshan adalah taufan paling kuat melanda di Jepun pada tahun ini, lapor ABC News. Dalam masa sama, pengendali utiliti Kyushu juga memaklumkan bahawa 254,610 buah rumah sudah terputus bekalan elektrik.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd