Sambutan Ambang Merdeka 2024 Di Dataran Merdeka Dibatalkan
Pembatalan acara Sambutan Ambang Merdeka 2024 itu adalah sebagai menghormati mangsa-mangsa yang terlibat insiden yang berlaku di ibu negara baru-baru ini.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Bersempena dengan Hari Kebangsaan Ke-67 yang bakal diraikan pada Sabtu ini (31 Ogos), beberapa lokasi popular di sekitar Kuala Lumpur seperti KLCC, TRX, Bukit Bintang dan Dataran Merdeka menganjurkan Sambutan Ambang Merdeka pada malam esok (30 Ogos).
Walau bagaimanapun, mereka yang merancang untuk menyambut Ambang Merdeka di Dataran Merdeka terpaksa menangguhkan niat tersebut.
Ini kerana sambutan di lokasi itu telah dibatalkan oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
DBKL Batal Sambutan Ambang Merdeka Pada 30 Ogos
Pengumuman itu dilakukan menerusi ciapan dimuat naik di laman X (@DBKL2u) semalam (28 Ogos) iaitu dua hari sebelum acara sepatutnya berlangsung.
DBKL dalam kenyataan tersebut memaklumkan bahawa pembatalan itu adalah sebagai menghormati mangsa yang terlibat dalam beberapa insiden yang berlaku di ibu negara baru-baru ini.
Susulan pembatalan itu, pihak DBKL mengajak masyarakat untuk meraikan Sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini dengan menghayati erti kemerdekaan.
Sebagai info, acara itu sepatutnya berlangsung pada jam 8:30 malam esok dengan persembahan beberapa artis jemputan seperti Aina Abdul, kumpulan nasyid Hijjaz, Mawi dan ramai lagi.
Dimaklumkan bahawa Sambutan Ambang Merdeka 2024 anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bertempat di Dataran Merdeka pada 30 Ogos 2024 adalah dibatalkan.
— Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (@DBKL2u) August 28, 2024
Pembatalan ini adalah sebagai menghormati mangsa beberapa insiden yang berlaku sekitar bandar raya Kuala Lumpur baru-baru ini. pic.twitter.com/9jZysHDqhY
Rapid KL Lanjutkan Operasi Selama 24 Jam Sempena Hari Kebangsaan 2024
Namun, sambutan di lokasi lain sekitar Kuala Lumpur dipercayai masih diteruskan.
Bagi anda yang tidak mahu menghadap kesesakan jalan raya ketika mahu menyaksikan Hari Kebangsaan pada tahun ini, jangan risau kerana Rapid KL bakal melanjutkan operasi mereka selama 24 jam buat pertama kali.
Ia melibatkan semua perkhidmatan rel yang dikendalikan oleh Rapid KL di sekitar Lembah Klang termasuklah LRT, MRT, monorel serta BRT Laluan Sunway dan beberapa laluan bas terpilih.
Rapid KL menerusi hantaran di laman Facebook memaklumkan perkhidmatan tersebut akan bermula dari jam 6 pagi pada 30 Ogos sehingga 11:30 malam pada 31 Ogos 2024.
Inisiatif ini dilakukan oleh Rapid KL sebagai langkah untuk menyahut seruan kerajaan bagi menyemarakkan lagi sambutan bulan kemerdekaan.
Baca Artikel Berkaitan: Penggunaan Dron Tidak Dibenarkan Di Seluruh Negara Sempena Hari Kebangsaan 2024
Baca Artikel Berkaitan: Ini 15 Promosi & Menu Special Sempena Merdeka 2024. Jangan Terlepas!
Baca Artikel Berkaitan: Inside Scoop Perkenal Perisa Istimewa Buat ‘Lokal Legends’ Sempena Merdeka 2024!
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.