Now Reading
Penyewa Baharu Temui Mayat Bayi Bawah Simen Rumah, Polis Kesan Wanita Warga Indonesia

Penyewa Baharu Temui Mayat Bayi Bawah Simen Rumah, Polis Kesan Wanita Warga Indonesia

Mayat bayi dipercayai berusia tujuh bulan itu ditemui di dalam lantai simen di Taman Sri Rokam, Jalan Pasar, Ipoh, Perak pada 12 tengah hari semalam (28 Ogos).

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kes pembunuhan di Malaysia semakin menjadi kebimbangan dan menggusarkan orang ramai kerana risau dengan keselamatan diri sendiri.

Lebih membimbangkan lagi apabila mangsa turut terdiri daripada kanak-kanak dan juga golongan dewasa.

Susulan itu, orang ramai dinasihati untuk memaklumkan lokasi keberadaan mereka agar mudah untuk dijejaki sekiranya berlaku sesuatu yang tidak terjangka.

Baca Artikel Berkaitan: Mayat Kanak-Kanak Lelaki 2 Tahun Ditemui, Dipercayai Mangsa Ketiga Dibunuh Bapa

Baca Artikel Berkaitan: Remaja 13 Tahun Mengaku Tak Bersalah Bunuh Teman Wanita Sebaya Di Ladang Kelapa Sawit


Mayat Bayi Ditemui Dalam Simen Di Rumah

Satu lagi kes pembunuhan dilaporkan berlaku melibatkan seorang bayi yang tidak diketahui jantina selepas mayatnya ditemui di dalam lantai simen sebuah rumah di Taman Sri Rokam, Jalan Pasar, Ipoh, Perak.

Memetik Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad menjelaskan mayat itu ditemui kira-kira pada jam 12 tengah hari semalam (28 Ogos).

Pemilik rumah yang juga tinggal di kawasan perumahan sama telah menyewakan kediaman tersebut dengan bayaran RM400 kepada seorang wanita warga Indonesia.

Sumber: Ihsan pembaca menerusi Harian Metro

Walau bagaimanapun, penyewa wanita itu yang tinggal di rumah berkenaan selama tiga tahun telah melarikan diri sejak sebulan lalu.

“Pemilik rumah tinggal selang sebuah rumah dari rumah sewanya dan nampak perempuan Indonesia itu mengandung serta akan mengutip sewa setiap bulan memandangkan penyewa membayar secara tunai,” katanya.


Mayat Ditemui Ketika Proses Ubah Suai Simen Rumah

Insiden itu disedari oleh seorang lelaki warga Indonesia berusia 37 tahun ketika dia mahu mengubah suai rumah yang baru sahaja disewanya sebelum dia membuat laporan di Balai Polis Kampung Rapat.

Jelasnya, dia menjumpai kain sarung dan mayat bayi di dalamnya semasa mengorek simen di tempat letak kereta kediaman tersebut.

Berdasarkan pakar patologi dari Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun, bayi perempuan dipercayai berusia tujuh bulan itu tidak mempunyai sebarang kecederan pada tubuh badannya.

Susulan itu, proses bedah siasat mula dilakukan pada hari ini (29 Ogos) dan pihak polis kini sedang mengesan penyewa wanita berkenaan.


Kes Bunuh Di Malaysia Libatkan Mangsa & Suspek Yang Saling Mengenali

Terdahulu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dalam satu kenyataan berkata bahawa statistik kes pembunuhan di Malaysia menunjukkan majoriti insiden melibatkan mangsa dan suspek yang saling mengenali.

Berdasarkan siasatan, kebanyakan kes melibatkan faktor utama yang sama iaitu hubungan berubah menjadi tidak baik, masalah perniagaan atau kerana penggunaan bahan terlarang seperti dadah.

Kadar kes pembunuhan yang berlaku secara spontan dalam negara ini adalah rendah.

Baca Artikel Berkaitan: Kes Bunuh Menjadi-jadi, Banyak Mangsa & Suspek Saling Mengenali – PDRM


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd