Now Reading
Tengku Afzan & FD Idzham Selamat Diijabkabul, Kini Sah Bergelar Suami Isteri

Tengku Afzan & FD Idzham Selamat Diijabkabul, Kini Sah Bergelar Suami Isteri

Istiadat perkahwinan diraja Tengku Puteri Afzan dan FD Idzham ditayangkan kepada orang awam pada dua layar besar di Dataran Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) dan satu lagi di Tasik KotaSAS.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Anakanda Sultan Pahang, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah telah selamat diijabkabulkan dengan pasangannya FD Idzham FD Iskandar semalam (22 Ogos) di Balai Mahkota, Istana Abdulaziz, Kuantan, Pahang.

Memetik laporan Astro Awani, pasangan ini telah dinikahkan oleh wakil Al-Sultan Abdullah iaitu Mufti Pahang Prof Datuk Dr Asmadi Mohamed Naim dengan dua kali lafaz.

Selepas selesai akad nikah, pengantin lelaki kemudiannya meneruskan istiadat dengan menunaikan solat sunat sebelum meneruskan majlis penyerahan mas kahwin berupa senaskah al-Quran dan Majlis Menyarung Cincin.

Ia kemudiannya diteruskan dengan Majlis Merenjis yang disempurnakan oleh Al-Sultan Abdullah, Tunku Azizah dan Tengku Hassanal serta disusuli dengan ibu bapa pengantin lelaki iaitu Datuk Seri Fateh Iskandar Mohamed Mansor dan Datin Seri Hafizah Mohd Zakaria.


Majlis Istiadat Perkahwinan Diraja Ini Ditayangkan Kepada Orang Awam

Sumber: Instagram @this.7

Majlis akad nikah yang selesai berlangsung semalam akan diikuti dengan istiadat berinai pada hari ini (23 Ogos) dan bersanding pada Ahad (25 Ogos).

Kesemua istiadat ini akan disiarkan secara langsung pada jam 8 malam pada dua layar besar di Dataran Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) dan satu lagi di Tasik KotaSAS.

Isitiadat Majlis Akad Nikah yang ditayangkan semalam telah ditonton oleh orang ramai selepas masyarakat mengikuti rapat majlis diraja berkenaan.

Sebagai info, Istana Abdulaziz dibina sebagai lambang cinta Sultan Abdullah kepada Tunku Azizah Aminah.


Latar Belakang Tentang FD Idzham

Sumber: LinkedIn FD Idzham

Bagi anda yang kurang mengenali individu bernama FD Idzham, berikut adalah latar belakang mengenai beliau.

FD Idzam atau nama sebenarnya Fateh Idzham bin Fateh Iskandar dilahirkan pada 18 April 1997 dan kini berusia 27 tahun.

Memetik sumber Iluminasi, anak sulung kepada enam orang adik-beradik ini merupakan graduan dari Imperial College London dan kini bergelar sebagai seorang usahawan muda.

Bapanya iaitu Datuk Seri Fateh Iskandar Mohamed Mansor merupakan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif di syarikat Glomac Berhad.

Dalam bidang kerjaya, FD Idzham terlibat dalam sektor seperti hartanah serta runcit dan kini memegang jawatan sebagai Ketua Kumpulan Pembangunan Perniagaan dan Strategi Korporat di Glomac Berhad.

Baca Artikel Berkaitan: Kenali 6 Anakanda Kepada Yang di-Pertuan Agong & Raja Permaisuri

Baca Artikel Berkaitan: “No Wedding, Tak Ada Kahwin” – Tengku Hassanal Mohon Rakyat Malaysia Hormati Kehidupan Peribadi


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd