Bantuan STR Fasa 3 Akan Diagih Mulai Khamis Depan, 29 Ogos
Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ini akan dikreditkan ke dalam akaun bank atau disalurkan secara tunai melalui BSN secara berperingkat.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) menerusi kenyataan terbaharu yang dimuat naik di laman Facebook pada hari ini (23 Ogos) telah membuat pengumuman tentang tarikh pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3.
Pengagihan STR Fasa 3 2024 itu akan bermula pada Khamis depan (29 Ogos) kepada penerima sedia.
Memetik laporan Harian Metro, seramai lapan juta rakyat Malaysia dijangka bakal menerima bantuan tunai bernilai sehingga RM650 mengikut kategori masing-masing.
Kaedah Pembayaran STR
Bagi penerima STR sama ada yang sedia ada, baharu atau rayuan, pembayaran bantuan ini akan dikreditkan ke dalam akaun bank atau disalurkan secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) secara berperingkat.
Pembayaran kepada penerima sedia ada bermula dari 29 Ogos sehingga 6 September. Bagi penerima baharu dan rayuan, bantuan mereka akan diagihkan dari 18 hingga 20 September 2024.

Pada masa yang sama, MOF menasihati orang ramai agar tidak terpedaya dengan pautan palsu oleh pihak tidak bertanggungjawab yang ingin mendapatkan maklumat berkaitan program STR.
“Oleh itu MOF ingin menasihati penerima STR untuk sentiasa berwaspada dengan pautan yang tidak sahih oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi mendapatkan maklumat berkaitan program STR.
“Sebagai perlindungan daripada kes penipuan (scam), pihak MOF tidak membuat penghantaran SMS dan mesej WhatsApp meminta maklumat peribadi kepada individu,” katanya dalam kenyataan tadi.
Bagi anda yang mahu membuat semakan tentang status kelayakan untuk bantuan STR, boleh klik [DI SINI].
Maklumat Yang Anda Perlu Tahu Tentang STR 2024
Kepada anda yang baru pertama kali membuat permohonan untuk Sumbangan Tunai Rahmah, berikut ada maklumat penting yang perlu diambil tahu.
Syarat Kelayakan Bagi Kategori Isi Rumah
Pemohon
- Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja.
- Lelaki atau wanita yang menjadi ketua keluarga dan bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah.
Pasangan
- Warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR / MyKAS).
- Bukan Warganegara Malaysia (selain pengenalan MyPR / MyKAS).
Anak
- Hubungan mestilah anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak angkat yang berdaftar dengan JPN sahaja.
- Warganegara Malaysia yang memiliki pengenalan Malaysia (MyKad/MyKID) sahaja.
- Tidak bekerja atau tiada punca pendapatan yang berumur 18 tahun dan ke bawah atau 19 tahun dan ke atas bagi yang masih belajar sepenuh masa di IPTA atau IPTS.
Syarat Kelayakan Bagi Kategori Warga Emas Bujang Atau Tiada Pasangan
- Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja.
- Bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah bagi yang berumur 60 tahun dan ke atas.
Syarat Kelayakan Bagi Kategori Bujang
- Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja.
- Bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah bagi yang berumur 21 tahun hingga 59 tahun dan OKU berumur 19 tahun hingga 59 tahun.
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
Cara Permohonan STR 2024
- Secara atas talian dengan klik [DI SINI].
- Boleh menghadirkan diri ke Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL), Pejabat Satelit HASiL atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL dengan mengisi dan mengemukakan Borang Permohonan STR.
- Borang Permohonan boleh dicetak oleh pemohon melalui Portal Rasmi STR.
Jadual pembayaran STR 2024 akan dibahagikan kepada empat fasa seperti berikut:
- Fasa 1: Februari 2024
- Fasa 2: April 2024
- Fasa 3: Ogos 2024
- Fasa 4: November 2024
Untuk maklumat lanjut tentang STR 2024, boleh klik [DI SINI].
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.