Now Reading
Hanya Kerana Gunting Hilang, 36 Penerbangan Di Jepun Dibatalkan & 201 Alami Kelewatan

Hanya Kerana Gunting Hilang, 36 Penerbangan Di Jepun Dibatalkan & 201 Alami Kelewatan

Gunting yang hilang di di Lapangan Terbang New Chitose di Hokkaido, Jepun pada Sabtu lalu (17 Ogos) bagaimanapun dijumpai keesokan harinya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap kali sebelum menaiki kapal terbang, para penumpang perlu melalui pemeriksaan keselamatan di kaunter imigresen bagi memastikan tiada sebarang objek terlarang yang dibawa ke dalam pesawat.

Mengikut Piawaian Perjalanan Antarabangsa, penumpang tidak dibenarkan untuk membawa beberapa barangan khusus objek tajam ke dalam pesawat. Antaranya pisau lipat, parang, kapak, parang, pemutar skru, gunting dan banyak lagi.

Pihak keselamatan di lapangan terbang pastinya akan memastikan aspek keselamatan dilakukan kawalan ketat bagi mengelakkan perkara tidak diingini.


Penerbangan Di Jepun Tergendala Selepas Gunting Didakwa Hilang

Menerusi laporan Sinar Harian, Lapangan Terbang New Chitose di Hokkaido, Jepun kecoh selepas sebilah gunting dipercayai hilang di sebuah kedai berhampiran pintu masuk balai pelepasan.

Susulan kejadian yang dilaporkan berlaku pada Sabtu lalu (17 Ogos) itu, pihak imigresen mengambil keputusan untuk melakukan pemeriksaan keselamatan sehingga dua jam.

Sumber: Hideyuki Kamon

Ia secara tidak langsung telah mengakibatkan ribuan pengembara terkandas di lapangan terbang selepas 201 penerbangan tergendala dan 36 penerbangan terpaksa dibatalkan.

“Mereka diminta menjalani semula pemeriksaan keselamatan hingga menyebabkan barisan panjang dan keadaan agak sesak pada masa itu,” ujar pengendali lapangan terbang.


Gunting Sudah Dijumpai Pada Hari Berikutnya

Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan kemudiannya mengarahkan pihak lapangan terbang untuk melakukan siasatan lanjut berhubung kejadian tersebut.

Sumber: Pexels

Perkara tersebut menimbulkan rasa panik di lapangan terbang paling sibuk di Jepun itu kerana dibimbangi jika ia salah satu cubaan merampas pesawat atau melibatkan isu keganasan.

“Kejadian seperti itu berpotensi mencetuskan panik kerana ia boleh dikaitkan dengan cubaan rampasan pesawat atau keganasan. Kami akan memastikan perkara ini tidak lagi akan berulang pada masa depan,” ujar Lapangan Terbang Hokkaido dalam satu kenyataan.

Hasil pemeriksaan kemudiannya telah menjumpai gunting yang hilang itu pada hari berikutnya di dalam kedai yang sama di mana ia dilaporkan hilang.


Barangan Yang Tidak Boleh Dibawa Dalam Bagasi Yang Sudah Didaftar Masuk (Check-in Luggage)

Sumber: Pexels

Barangan berikut adalah dilarang dibawa di dalam bagasi yang sudah didaftar masuk. Antaranya:

  • Semua jenis pistol, senjata api dan senjata
  • Bahan letupan
  • Bahan mudah terbakar
  • Bahan kimia dan toksik
  • Tumbuhan dan bunga hidup

Sebelum anda meneruskan penerbangan, pastikan anda tidak membawa mana-mana barangan terlarang ke dalam pesawat.

Baca Artikel Berkaitan: Pertama Kali Naik Kapal Terbang? Ini Panduan Sesuai Untuk ‘Solo Traveler’

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Atlet MMA Diminta Keluar Kapal Terbang Sebelum Berlepas Kerana Tunjuk Gangster

Baca Artikel Berkaitan: Buat Ancaman Bom Palsu Dalam Penerbangan MH122, Lelaki Australia Didakwa


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd