Now Reading
Thailand Bakal Perkenal Semula Perkhidmatan ‘Direct Train’ Dari Bangkok Ke Pulau Pinang

Thailand Bakal Perkenal Semula Perkhidmatan ‘Direct Train’ Dari Bangkok Ke Pulau Pinang

SRT juga merancang untuk melancarkan perkhidmatan Bangkok-Pulau Pinang dengan percubaan awal bagi tempoh enam bulan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menjadi salah satu pilihan orang ramai yang ingin melancong ke negeri lain atau negara jiran seperti Thailand.

Malah, ramai yang menggunakan KTMB untuk ke Thailand yang sememangnya menjadi pilihan masyarakat Malaysia yang mahu ‘food hunting’ atau membeli-belah.

Bagi mereka yang gemar ke negara itu, ada berita baik untuk anda.


Thailand Umum Kereta Api Terus Ke Pulau Pinang Dari Bangkok

Memetik laporan Business Today, Kereta Api Negeri Thailand (SRT) mengumumkan rancangan untuk memperkenalkan perkhidmatan ‘direct train’ dari Terminal Besar Bang Sue Bangkok ke Butterworth, Pulau Pinang dalam tempoh dua hingga tiga bulan akan datang.

Inisiatif itu disahkan oleh Ketua Pejabat Gabenor SRT Ekkarat Sri-arayangpong Ketua selepas perbincangan pada Persidangan Bersama KTMB-SRT ke-42 di Kota Kinabalu, Malaysia.

Perkhidmatan kereta api baharu itu yang bakal beroperasi dari Bangkok ke Padang Besar dan Butterworth di Pulau Pinang menawarkan sambungan perjalanan bagi pelancong Thailand dan Malaysia.

Projek ini sejajar dengan dasar kerajaan Thailand untuk mengembangkan lagi rangkaian pengangkutan serta meningkatkan pertumbuhan pelancongan dan ekonomi.

Menurut SRT lagi, perkhidmatan Bangkok-Pulau Pinang akan melibatkan percubaan operasi bagi tempoh enam bulan.

Pada masa yang sama, laluan kereta api pelancong MySawasdee Malaysia dari Hat Yai ke Surat Thani juga dirancang untuk dilanjutkan selepas mendapat permintaan tinggi.

Peluasan ini adalah sebahagian daripada strategi Thailand bagi mengukuhkan kedudukannya sebagai hab serantau di Asia Tenggara.


SRT Pernah Sediakan Kereta Api Laluan Sama

Memetik Bangkok Post, SRT pada tahun 2016 yang lalu pernah menawarkan perkhidmatan kereta api ke Pulau Pinang.

Sumber: Thai Train Guide

Namun, perkhidmatan ekspres harian antara Bangkok dan Butterworth itu dibatalkan pada tahun 2016 sebelum mengambil keputusan untuk hanya beroperasi ke Padang Besar sahaja.

Dalam perkhidmatan tersebut, penumpang perlu beralih ke kereta api di Padang Besar berhampiran daerah Sadao di wilayah Songkhla untuk terus ke Butterworth dan lokasi lain sekitar Malaysia.

Baca Artikel Berkaitan: Ini Panduan Travel Dari Malaysia Ke Thailand Bawa Kereta. Lebih Mudah!

Baca Artikel Berkaitan: KTMB Tawar Perkhidmatan Koc Mewah Kepada Penumpang. Siap Ada Karaoke & Tandas Peribadi!


Matawang Ringgit Malaysia Lebih Kukuh Berbanding Thai Baht

Kepada anda yang mahu ke Thailand dalam masa terdekat, bolehlah menukar wang tunai dari Ringgit Malaysia (MYR) ke Thai Baht kerana nilai pertukaran matawang yang lebih rendah bagi rakyat kita.

Mengikut pertukaran semasa, matawang MYR kepada THB kini meningkat sebanyak 2.81% dalam tempoh setahun.

Sumber: XE

Perkara ini menguntungkan rakyat Malaysia kerana akan mendapat lebih banyak wang tunai.

Apa lagi, jom ke Thailand?


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd