Penggunaan Dron Tidak Dibenarkan Di Seluruh Negara Sempena Hari Kebangsaan 2024
Larangan menerbangkan dron yang bermula dari 26 hingga 31 Ogos 2024 adalah bertujuan untuk memastikan keselamatan ketika persiapan dan sambutan Hari Kebangsaan 2024.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Kurang dari tempoh dua minggu lagi, Malaysia bakal menyambut Hari Kebangsaan Ke-67 dan pastinya ramai yang tidak sabar untuk melihat perarakan tahunan melibatkan pelbagai anggota.
Sebelum ini, perarakan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) antara yang dinanti-nantikan selepas aksi mereka yang berjaya menawan hati masyarakat.
Meskipun perlu bersesak dengan orang ramai, tetapi ia tidak pernah mematahkan semangat rakyat Malaysia untuk memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan pada setiap tahun di seluruh negara.
Baca Artikel Berkaitan: 7 Jenis Gelagat Pengunjung Perarakan Hari Kebangsaan Di Dataran Merdeka. #5 Paling Kelakar Ya!
Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Comel Lah Ustaz”- Gelagat UAI Ketika Perbarisan Sambutan Hari Kemerdekaan Raih Perhatian
Masyarakat Tidak Dibenarkan Menggunakan Dron Bersempena Dengan Hari Kebangsaan
Menerusi hantaran dimuat naik di laman Facebook, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) memberi peringatan kepada orang ramai untuk tidak menerbangkan dron tanpa kelulusan di seluruh negara melibatkan lokasi sambutan Hari Kebangsaan.
Larangan ini yang bermula dari 26 hingga 31 Ogos 2024 adalah bertujuan untuk memastikan keselamatan ketika persiapan dan sambutan hari bersejarah itu selain mengelakkan dari berlakunya sebarang perkara tidak diingini terutamanya melibatkan orang awam.
Dalam tempoh tarikh berkenaan, beberapa pesawat melibatkan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan JPBM akan menjalani latihan dan pertunjukan formasi rendah.
“CAAM ingin mengingatkan bahawa sebarang aktiviti penerbangan termasuk pengendalian aktiviti dron yang boleh mengundang risiko serta bahaya kepada orang awam atau harta benda adalah tertakluk di bawah seksyen 4 Akta Penerbangan Awam 1969 (Akta 3); peraturan 98, peraturan 140-144, Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016 dan Civil Aviation Directives (CADs),” jelas CAAM dalam satu kenyataan.
Sebagai info, raptai penuh Hari Kebangsaan akan berlangsung selama tiga hari dari 27 hingga 29 Ogos di Dataran Putrajaya.
Sambutan ini juga akan diadakan di lokasi sama pada 31 Ogos nanti.
Rapid KL Lanjutkan Operasi Selama 24 Jam Sempena Hari Kebangsaan 2024
Bagi anda yang tidak mahu menghadap kesesakan jalan raya ketika mahu menyaksikan Hari Kebangsaan pada tahun ini, jangan risau kerana Rapid KL bakal melanjutkan operasi mereka selama 24 jam buat pertama kali.
Ia melibatkan semua perkhidmatan rel yang dikendalikan oleh Rapid KL di sekitar Lembah Klang termasuklah LRT, MRT, monorel serta BRT Laluan Sunway dan beberapa laluan bas terpilih.
Rapid KL menerusi hantaran di laman Facebook memaklumkan perkhidmatan tersebut akan bermula dari jam 6 pagi pada 30 Ogos sehingga 11:30 malam pada 31 Ogos 2024.
Inisiatif ini dilakukan oleh Rapid KL sebagai langkah untuk menyahut seruan kerajaan bagi menyemarakkan lagi sambutan bulan kemerdekaan.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.