Doktor Pelatih Wanita Di India Dirogol & Dibunuh Cetus Protes Libatkan Petugas Hospital
Kaki Dr Moumita Debnath turut ditemui dalam sudut 90 darjah di bilik seminar R G Kar Medical College & Hospital, Kolkata, West Bengal, India yang menjadi lokasi kejadian.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Baru-baru ini, seluruh dunia digemparkan dengan satu kes di mana seorang doktor pelatih wanita di India yang sedang bertugas di hospital dilaporkan dirogol beberapa lelaki sebelum dibunuh dan ditemui mati dalam keadaan menyayat hati.
Mangsa, Dr Moumita Debnath berusia 31 tahun itu diperlakukan sedemikian ketika dipercayai mahu berehat pada jam 2 pagi di dewan seminar R G Kar Medical College & Hospital, Kolkata, West Bengal, India selepas 36 jam bekerja.
Rakan setugas mangsa mendakwa dia kali terakhir melihat doktor berkenaan adalah pada 9 Ogos 2024 yang katanya mahu berehat sebelum mayatnya ditemui keesokan harinya dalam keadaan yang sangat teruk.
Doktor Wanita Itu Dibunuh Dengan Cara Yang Tidak Berperikemanusiaan
Menerusi hantaran dikongsikan di laman Facebook Public Health Malaysia (PHM), mayat Dr Moumita itu dijumpai dalam keadan yang menyayat hati dengan pelbagai tanda-tanda serangan yang begitu kejam.
Hasil bedah siasat mendapati mangsa telah dicekik hingga mati dan mengalami kecederaan seperti berikut:
- Tulang hyoid (tulang leher) patah
- Kecederaan pada bibir
- Tulang pelvis patah
- Pendarahan dari mulut
- Kedua-dua mata mengalami kerosakan
- Pendarahan dari mata
- Kecederaan di perut
- Kecederaan di kaki kiri
- Jari manis tangan kanan patah
- Bahagian sulit mengalami kerosakan yang teruk
- Ratusan gigitan manusia
- 150ml air mani
Sebagai info, seorang lelaki dianggarkan hanya boleh menghasilkan air mani sekitar 10ml sahaja. Lebih memeranjatkan lagi, kaki mangsa ditemui dalam sudut 90 darjah.
PHM mendedahkan bahawa tulang pelvis yang dibuat daripada sendi terkuat dalam tubuh manusia memerlukan kekuatan antara 2,000 hingga 10,000 newton untuk memecahkan kapsul pelvis dewasa.
Seorang Suspek Telah Ditahan Polis
Menerusi laporan Sinar Plus yang memetik laporan media India, seorang lelaki berusia 33 tahun yang merupakan sukarelawan polis bernama Sanjay Roy telah ditahan oleh pihak polis Kolkata.
Penangkapan itu dilakukan selepas pihak berkuasa menemui ‘bluetooth earphone’ milik suspek yang tertinggal berhampiran mayat.
Ketika disoal siasat, suspek mengakui bahawa dia terlibat dalam jenayah tersebut dan pihak polis juga dipercayai menemui pelbagai kandungan pornografi dalam telefon bimbit suspek.
Malah, suspek turut mencabar pihak berkuasa untuk menghukumnya.
Kes Melibatkan Dr Moumita Cetus Protes Dalam Kalangan Petugas Hospital
Susulan kes yang berlaku, beberapa protes telah tercetus di beberapa bandar di India melibatkan doktor, pelajar perubatan dan pekerja kesihatan yang bangkit mahu menuntut keadilan serta perlindungan di tempat kerja.
Hasil protes itu, Persatuan Perubatan India (IMA) turut mengumumkan bahawa mereka mahu melakukan mogok secara besar-besaran di seluruh negara dengan tidak bekerja selama 24 jam.
Memetik laporan Berita Harian, bantahan yang dilakukan pada 16 Ogos bermula jam 6 pagi itu telah memutuskan segala akses melibatkan prosedur perubatan elektif dan perundingan pesakit luar.
Difahamkan, hanya jabatan kecemasan sahaja yang beroperasi di hospital.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.