Now Reading
Budak Perempuan Maut Disyaki Didera, Ibu Kandung & Bapa Tiri Ditahan

Budak Perempuan Maut Disyaki Didera, Ibu Kandung & Bapa Tiri Ditahan

Pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan kecederaan pada bahagian muka, bibir, paha, dagu dan lutut mangsa.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kes kematian melibatkan kanak-kanak dilihat semakin berleluasa. Ada yang diabaikan oleh ibu bapa, ada juga yang maut selepas didera dengan kejam walaupun si kecil adalah darah daging sendiri.

Sabtu lalu (17 Ogos), seorang kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun telah meninggal dunia di kediamannya sekitar Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor selepas dipercayai didera.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung insiden jam 5.27 petang pada hari yang sama.

Hasil siasatan mendapati mangsa disahkan maut di rumahnya oleh pembantu pegawai perubatan Hospital Sungai Buloh.


Banyak Kesan Cedera Pada Bahagian Badan Mangsa

Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati terdapat banyak kecederaan pada bahagian badan mangsa.

“Pemeriksaan awal kepada tubuh badan mangsa dapati terdapat kesan kecederaan di bahagian muka muka, bibir, paha, dagu dan lutut. Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat,” kata Noor Ariffin.


Ibu Kandung & Bapa Tiri Direman 7 Hari

Susulan itu, PDRM telahpun menahan pasangan suami isteri jam 9 malam di Pangsapuri Sandalwood Court, Bandar Tasik Puteri.

“Lelaki itu bekerja sebagai pengawal keselamatan, manakala isterinya bekerja sebagai pembuat aiskrim,” katanya.

Suspek kini direman seminggu bermula semalam (18 Ogos) bagi membantu siasatan.

“Lelaki itu adalah bapa tiri kepada mangsa, 29, dan wanita terbabit ibu kandungnya, 28. Mangsa bersekolah tahun dua di sebuah sekolah di sini namun tidak hadir ke sekolah sejak Jun lalu,” jelas Noor Ariffin, lapor Harian Metro.


Kes Disiasat Bawah Kesalahan Membunuh

Satu kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan membunuh.

Jika disabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum mati atau penjara tidak kurang dari daripada 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun. Sekiranya dijatuhkan hukuman mati, hendaklah juga dihukum dengan sebatan tidak kurang daripada 12 kali.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat tentang kejadian diminta tampil membantu siasatan dan boleh berhubung dengan:

  • Pegawai Penyiasat Kanan Asistan Superintenden Polis (ASP) Mohd Hamizan Mohamad Yunus di talian 013-8348384 atau;
  • Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222.

Penduduk Sudah Lama Tak Nampak Mangsa Bermain Sekitar Kawasan Perumahan

Seorang penduduk sebuah pangsapuri di Bandar Tasik Puteri, Rawang mendakwa sudah lama tidak melihat kelibat mangsa bermain dengan kanak-kanak lain sekitar kawasan perumahan.

Menurut seorang wanita, mangsa yang berusia lapan tahun sebelum ini sering dilihat bermain di depan rumah bersama adiknya dan kanak-kanak yang lain.

Memetik Malaysiakini, seorang lagi penduduk turut bersimpati dengan perkara berlaku selain berkongsi sikap keluarga tersebut yang sudah tinggal di sana sejak tahun lalu.

“Mereka ini tak sombong, ada juga bertegur sapa, sejak mereka tinggal di sini tak pernah pula dengar ada pertengkaran, kanak-kanak di sini juga kerap ke rumah itu untuk membeli aiskrim,” ujarnya.

Baca Artikel Berkaitan: Bayi 2 Bulan Didera Hingga Patah Kaki, Pengasuh Di Johor Bahru Ditahan Polis

Baca Artikel Berkaitan: Che Puan Khaleeda Beri Respon Kes Ibu & Rakan Dera Kanak-kanak Di Johor


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd