Ini 5 Acara Baru Dipertandingkan Di Sukan Olimpik Los Angeles 2028, ‘Breakdance’ Tidak Lagi Tersenarai
Lima jenis sukan ini telah dicadangkan oleh Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Los Angelese 2028 sebagai sesuatu yang eksklusif untuk edisi sukan tersebut.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Acara temasya sukan berprestij iaitu Sukan Olimpik Paris 2024 baru sahaja melabuhkan tirai pada 11 Ogos lalu dengan keputusan Amerika Syarikat di tempat pertama apabila berjaya meraih 126 pingat.
Ironiknya, Amerika Syarikat juga bakal menjadi tuan rumah bagi edisi seterusnya iaitu pada tahun 2028 di Los Angeles.
Sudah pastinya ramai yang ternanti-nantikan apakah keunikan yang akan ditampilkan ketika acara tersebut dihoskan oleh negara berkenaan.
Sukan Olimpik Los Angeles 2028 Perkenalkan Lima Acara Baharu
Memetik laporan Bein Sports, terdapat lima sukan baharu yang bakal dipertandingkan di Sukan Olimpik Los Angeles 2028.
Keputusan itu dipersetujui semasa mesyuarat sesi ke-141 Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) selepas semakan dan sokongan diberikan oleh Suruhanjaya Program Olimpik (OPC) serta Lembaga Eksekutif (EB) IOC.
Lima sukan tersebut adalah:
- Besbol/ Sofbol
- Kriket (T20)
- Bola sepak bendera (Flag footbal)
- Skuasy
- Lacrosse (Sixes)
Jenis sukan ini telah dicadangkan oleh Jawatankuasa Penganjur LA28 sebagai sesuatu yang eksklusif untuk edisi sukan tersebut.
Sebagai info, hanya skuasy dan bola sepak bendera (flag football) sahaja yang menjadi sukan pertama dipertandingkan di Sukan Olimpik.
Tiga lagi sukan lain iaitu besbol, kriket dan lacrosse pula membuat ‘comeback’ selepas beberapa tahun tidak berada dalam senarai pertandingan.
Kali terakhir sukan besbol dipertandingkan adalah semasa Sukan Olimpik Tokyo 2020 manakala kriket pula pernah menjadi sebahagian daripada acara pada Olimpik 1990 dan lacrosse juga pernah dimainkan semasa tahun 1904 di Amerika Syarikat dan 1908 di London.
Sukan ‘Breakdance’ Tiada Dalam Senarai Sukan Olimpik Los Angeles 2028
Antara salah satu sukan yang menjadi bualan hangat orang ramai di Sukan Olimpik Paris 2024 adalah acara tarian ‘breakdance’.
Ia bermula apabila seorang peserta dari Australia dikenali sebagai Raygun Gunn yang mewakili negara tersebut diberikan markah sifar dalam acara tarian breakdance.
This is Rachael Gunn, she has a PhD in cultural movement and convinced Australia to pay for her trip to the Paris Olympics.
— BowTiedMara (@BowTiedMara) August 10, 2024
She participated in break dancing and got 0 points.
🐐 😂pic.twitter.com/8PULsMBxxN
Susulan itu, ramai yang mempertikaikan bagaimana Raygun boleh terpilih untuk mewakili negara dalam acara berkenaan sekaligus menerima pelbagai kritikan dari masyarakat seluruh dunia.
Walau bagaimanapun, selepas melakukan penilaian, penganjur Sukan Olimpik LA 2028 mengambil keputusan untuk tidak menyenaraikan ‘breakdance’ sebagai salah satu sukan yang dipertandingkan kerana menganggap acara itu tidak memenuhi visi mereka.
Baca Artikel Berkaitan: Wanita Malaysia Sanggup Tanggung Kos RM11,500 Demi Jadi ‘Volunteer’ Di Sukan Olimpik Paris 2024
Baca Artikel Berkaitan: Pingat Emas Olimpik 2024 Mungkin Termahal Dalam Sejarah. Ini Sebabnya
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Atlet ‘Unboxing’ Kotak Yang Diterima Semasa Menang Medal Di Sukan Olimpik 2024
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.