Now Reading
Shah Firdaus Sahkan Akaun TikTok Nakano Konon Mohon Maaf Sebenarnya Palsu

Shah Firdaus Sahkan Akaun TikTok Nakano Konon Mohon Maaf Sebenarnya Palsu

Jelas Shah Firdaus, Nakano ada memohon maaf kepadanya selepas perlumbaan acara final keirin yang lalu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sukan Olimpik Paris 2024 akhirnya telah melabuhkan tirai, namun setiap acara yang dipertandingkan masih lagi menjadi bualan ramai termasuklah acara keirin yang menampilkan Datuk Azizulhasni Awang dan juga Muhammad Shah Firdaus Sahrom.

Malah ada yang masih bersedih apabila Shah Firdaus yang menjadi harapan selepas Azizulhasni disingkirkan bagaimanapun terlepas peluang memenangi pingat apabila terlibat dalam kemalangan dengan atlet Jepun, Shinji Nakano.

Perkara itu secara tidak langsung membuatkan segelintir rakyat Malaysia telah bertindak ‘menyerang’ akaun atlet Jepun berkenaan, sehingga ada sebuah akaun TikTok yang kononnya adalah Nakano memohon maaf kepada orang ramai.

Shah Firdaus sahkan akaun TikTok Nakano mohon maaf adalah palsu

Terbaharu, Shah Firdaus memaklumkan bahawa akaun TikTok tersebut adalah palsu selain menyifatkan tindakan segelintir rakyat Malaysia yang melontarkan komen kurang sopan kepada atlet Jepun berkenaan sememangnya memalukan.

Beliau juga memaklumkan dia dan Nakano merupakan sahabat.

Oleh itu, tindakan segelintir pihak yang melontar kata-kata tak sopan itu turut menimbulkan persoalan kepada Nakano kerana dia sebelum ini menganggap rakyat Malaysia mempunyai sikap yang baik.

“Saya ingat orang Malaysia baik-baik,” kata Nakano, dipetik Harian Metro.

Shah Firdaus gesa berhenti ‘serang’ media sosial Nakano

Malah dia turut menghantar pesanan mesej kepada Shah Firdaus berhubung isu tersebut.

“Malam semalam dia mesej saya dan katanya dia kena serang di akaun media sosialnya. Bila saya tengok sudah berpuluh komen.

“Saya harap netizen berhenti menyerang dia di akaun media sosialnya kerana ia menjejaskan kami juga,” ujarnya, dipetik Harian Metro.

Tak ada masalah dengan Nakano, Shah Firdaus rasa serba salah gara-gara tindakan netizen ‘serang’ atlet Jepun

Jelas Shah Firdaus lagi, atlet Jepun itu sememangnya ada membuat permohonan maaf namun kepadanya.

“Itu bukan TikTok dia (Nakano), dia cakap itu dengan saya lepas perlumbaan, akaun TikTok biasalah, orang buat cerita. Tapi saya dengan dia ok sahaja, saya dengan dia tak ada masalah.

“Yang buat saya terasa dia ingat orang Malaysia baik-baik sebab saya baik dengan dia. Kalau saya ke Jepun, dia bawa saya jalan semua. Bila dia berasa begitu, saya rasa serba salah.

“Dia mesej saya, dia ingat rakyat Malaysia baik-baik, saya macam malunya,” ucap atlet negara itu lagi.

Nakano tiada niat langgar Shah Firdaus

Shah turut menjelaskan tindakan Nakano sewaktu perlumbaan berlangsung adalah tidak disengajakan dan ia merupakan perkara biasa dalam keirin jika berlaku ‘body contact’.

“Sebenarnya dia tak ada niat nak langgar saya. Memang berlaku (pelanggaran), ada body contact dan itu biasa dalam keirin dan dia tak berniat nak ‘hentam’ saya, itu sebab G-force.

“Bila ada body contact, G-force itu nampak seperti dia naik tetapi dalam keirin perkara itu biasa, tinggal jatuh atau tidak sahaja.”


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd