Now Reading
[Video] Penunggang Motosikal Maut, Nyaris Jatuh Jambatan Pulau Pinang Selepas Terlanggar Kereta Tukar Lorong Mengejut

[Video] Penunggang Motosikal Maut, Nyaris Jatuh Jambatan Pulau Pinang Selepas Terlanggar Kereta Tukar Lorong Mengejut

Kemalangan yang berlaku di Kilometer 7.4 Jambatan Pulau Pinang menghala ke Seberang Perai itu telah mengakibatkan mangsa berusia 38 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Apabila berada di jalan raya, kita perlu sentiasa berwaspada kerana akan wujud segelintir pihak yang cuai sehingga boleh menyebabkan kemalangan.

Antara kesalahan yang sering dilakukan oleh pengguna jalan raya adalah tidak memberikan lampu isyarat ketika memasuki persimpangan atau menukar lorong, sesuka hati memotong laluan dan melakukan aksi membuli pemandu lain.

Apa yang menjadi kebimbangan adalah apabila tindakan cuai ini boleh mengakibatkan kecederaan atau lebih teruk lagi sekiranya ia berisiko meragut nyawa seseorang.


Penunggang Motosikal Hampir Terjunam Dari Jambatan Pulau Pinang Sebelum Maut

Menerusi rakaman dashcam pada 11 Ogos lalu yang sempat dirakam oleh sebuah kereta, satu kemalangan dilaporkan berlaku melibatkan seorang penunggang motosikal dan pemandu kenderaan MPV jenis Perodua Alza berwarna putih.

Dalam kejadian sekitar 6:41 petang itu, kereta Alza berkenaan dilihat cuba memasuki laluan kecemasan di Jambatan Pulau Pinang secara mengejut.

Tindakan cuai oleh pemandu Alza berkenaan, ia telah mengakibatkan seorang penunggang motosikal dari arah tepi tidak sempat menekan brek dan melanggar kereta MPV tersebut.

Lebih membimbangkan lagi apabila penunggang motosikal itu dilihat tercampak dan badannya hampir terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang.

Beberapa video rakaman dari dashcam itu dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook Abg Kus.


Penunggang Motosikal Maut Di Lokasi Kejadian

Memetik laporan Berita Harian, kemalangan yang berlaku di Kilometer 7.4 Jambatan Pulau Pinang menghala ke Seberang Perai itu telah mengakibatkan mangsa berusia 38 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian selepas dilaporkan mengalami kecederaan parah di tubuh badannya.

Kemalangan tersebut dipercayai berlaku selepas pemandu Alza berusia 22 tahun yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur itu dikatakan mahu menukar pemandu sebelum mengambil keputusan untuk memasuki lorong kecemasan.

Sumber: Facebook Abang Kus

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid telah mengesahkan kejadian berkenaan dan memaklumkan bahawa mangsa kini menjalani proses bedah siasat di Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi mengenal pasti punca kejadian.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Lelaki Ini Cipta Lagu Khas Untuk Ajar Pemandu Gunakan Lampu ‘Signal’

Baca Artikel Berkaitan: PDRM Bakal Beri ‘Surat Cinta’ Bagi Kesalahan Langgar Lampu Isyarat, Garisan Putih, Parkir Haram & Lain-lain

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Bengang, Owner Myvi Ubahsuai Lampu Signal Jadi Warna Putih Hingga Kelirukan Orang Lain


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd