Now Reading
Remaja 13 Tahun Mengaku Tak Bersalah Bunuh Teman Wanita Sebaya Di Ladang Kelapa Sawit

Remaja 13 Tahun Mengaku Tak Bersalah Bunuh Teman Wanita Sebaya Di Ladang Kelapa Sawit

Mangsa Nur Zahirah Safarudin dipercayai diikat pada parit dengan kes luka pada kepala serta disyaki dirogol oleh tertuduh berusia 13 tahun di Sabah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun mengaku tidak bersalah selepas didakwa terlibat dalam kes pembunuhan teman wanitanya di sebuah ladang kelapa sakit berhampiran Kalakaban.

Pengakuan itu dibuat di Mahkamah Tinggi Tawau, Sabah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Duncan Sikodol hari ini (13 Ogos).

Tertuduh yang merupakan pemegang pasport Indonesia didakwa membunuh remaja perempuan berusia 13 tahun iaitu Nur Zahirah Safarudin yang dipercayai tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri.

Memetik laporan Berita Harian, kes berkenaan berlaku pada 4 Januari lalu antara jam 12:30 tengah hari sehingga 2:30 petang.

Ketika siasatan dilakukan, mayat mangsa telah ditemui oleh pihak polis dalam keadaan tangannya diikat pada parit dengan kes luka pada kepala.

Lebih mengejutkan lagi, mangsa turut disyaki dirogol oleh remaja lelaki berkenaan.


Tertuduh Boleh Dihukum Gantung Sampai Mati

Gambar sekadar hiasan.

Pertuduhan tersebut disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membolehkan tertuduh boleh dijatuhi hukuman gantung sampai mati sekiranya didapati bersalah.

Kes berkenaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Suhaimi Suryana manakala tertuduh pula diwakili oleh peguam Liew Hon Min.

Pihak pendakwaan juga dijangka akan memanggil tujuh orang saksi untuk memberi keterangan.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 10 hingga 14 Februari 2025 sebagai tempoh perbicaraan penuh.

Baca Artikel Berkaitan: Bunuh Kawan Baik 4 Tahun Lepas, Bekas Pelajar Tingkatan 6 Dihukum Penjara 30 Tahun

Baca Artikel Berkaitan: “Bukan Penyelesaian Yang Adil” – Suhakam Bantah Hukuman Gantung 6 Pesalah Kes Bunuh Zulfarhan

Baca Artikel Berkaitan: Kes Bunuh Cikgu Istiqomah: Isteri Beri Pinjaman Wang Kepada Suspek RM19,400 – Suami


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd