Now Reading
“Kita Bukan Sore Losers”- Hannah Yeoh Tampil Bersuara Lepas Dikritik Bergambar Dengan Kunlavut

“Kita Bukan Sore Losers”- Hannah Yeoh Tampil Bersuara Lepas Dikritik Bergambar Dengan Kunlavut

Hannah Yeoh beranggapan mengakui kekuatan pihak lawan selepas berlangsungnya pertandingan bukannya satu isu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sepanjang berlangsungnya temasya Sukan Olimpik Paris 2024, pelbagai perkara telah berlaku. Meskipun ramai atlet berjaya membawa balik kejayaan untuk negara, tetapi banyak juga pihak yang dikritik.

Seperti sebelum ini, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yang memuat naik beberapa keping gambar bersama pemain badminton dari Thailand, Kunlavut Vitidsarn telah mencetus perdebatan di kalangan orang ramai.

Selain memuji corak permainan Juara Dunia 2023 itu, Hannah juga berkata dia sudah menjadi peminat baru Kunlavut.

Kebanyakan individu berpendapat Hannah tidak sensitif dan kurang ‘common sense’ kerana memuat naik hantaran bersama pihak lawan yang telah menewaskan pemain badminton negara, Lee Zii Jia dengan pingat perak.

Baca Artikel Berkaitan: “Tak Sensitif” – Tindakan Hannah Yeoh Muat Naik Gambar Dengan Kunlavut Vitidsarn Di Paris Cetus Perdebatan


Hannah Yeoh Ulas Isu Bergambar Dengan Atlet Thailand

Susulan kritikan tidak putus peminat sukan terhadapnya, Hannah telah tampil bersuara mengenai perkara tersebut dengan menekankan kepentingan dan nilai yang perlu diterapkan dalam Olimpik termasuklah sikap menghormati.

“Fahami nilai Olimpik. Hormat dan persahabatan. Titik permulaan yang sangat asas. Apabila pertandingan tamat, selepas menerima pingat anda, anda meraikan pemenang.

“Semangat kesukanan adalah mengenai menerima kekalahan apabila semuanya sudah berlangsung dengan adil dan dapat mengiktiraf pesaing anda dengan cara yang terhormat,” ujar beliau menerusi perkongsian di Instagram Story.

Sumber: Instagram (@hannahyeoh) via Weirdkaya

Perlu Amalkan Semangat Kesukanan Yang Tinggi

Sementara itu, Hannah yang juga Menteri Belia berkata seseorang akan menjadi lebih kuat selepas mengamalkan sikap dan semangat kesukanan yang tinggi bersama pesaing.

“Saya bukan hanya sebagai Menteri Sukan. Saya juga Menteri Belia. Saya tidak tertumpu untuk menang pingat semata-mata.

“Saya di sini untuk menyemai budaya sukan yang sihat untuk belia. Kita bukan sore losers. Tidak ada yang tidak sensitif untuk mengakui kekuatan pihak lawan selepas pertandingan,” kata Hannah.

Jelas Hannah, ibu bapa haruslah menggalakkan anak bersukan agar mereka dapat belajar tentang kehidupan.

“Sukan mengajar kita pengajaran yang tidak ternilai mengenai kehidupan dan inilah sebabnya ibu bapa mesti menggalakkan anak bersukan.

“Mereka menjadi lebih kuat apabila mereka mengamalkan semangat kesukanan yang tinggi,” tambah beliau lagi.

Sumber: Instagram (@hannahyeoh) via Weirdkaya

Hormat Pesaing Walaupun Kalah

Hannah dalam masa sama turut berkongsi gambar mengucapkan tahniah kepada jurulatih Jepun dari Malaysia, Tan Kim Her dan Jeremy Gan selepas pemain beregu dari Jepun Nami Matsuyama-Chiharu Shida menewaskan Pearly Tan-M Thinaah pada aksi separuh akhir beregu wanita.

“Saya konsisten dalam mengamalkan kesukanan yang baik dan saya mewakili Malaysia. Hormatilah walaupun semasa kita kalah,” ulas Menteri Sukan tersebut.

Sumber: Instagram (@hannahyeoh)

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd