Now Reading
Jepun Keluarkan Amaran ‘Megaquake’ Buat Kali Pertama Lepas Dilanda Gempa Bumi 7.1 Magnitud

Jepun Keluarkan Amaran ‘Megaquake’ Buat Kali Pertama Lepas Dilanda Gempa Bumi 7.1 Magnitud

Amaran tersebut pertama kali dikeluarkan di Jepun selepas satu peraturan baharu dirangka susulan bencana nuklear, gempa bumi serta tsunami di Jepun pada tahun 2011.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Wilayah Miyazaki di Jepun telah berdepan satu kejadian gempa bumi semalam (8 Ogos) dengan magnitud 7.1 sebelum pihak Agensi Meteorologi Jepun (JMA) mengeluarkan amaran tsunami dan gempa bumi mega atau ‘megaquake’.

Walaupun jangkaan ketinggian tsunami hanya satu meter iaitu kira-kira 3.3 kaki, ia memberi kebimbangan kerana ombak dianggarkan boleh berkembang secara eksponen dengan sangat cepat.

Menurut laporan The Washington Post yang memetik sumber JMA, amaran tersebut dikeluarkan kerana dibimbangi gempa susulan yang bakal berlaku mampu memberi kesan lebih dahsyat sehingga boleh meragut ratusan ribu nyawa.


Amaran Gempa Bumi Mega Yang Pertama Dikeluarkan Oleh Jepun

Difahamkan, amaran berkenaan dikeluarkan buat pertama kali oleh agensi terlibat selepas satu peraturan baharu dirangka susulan bencana nuklear, gempa bumi serta tsunami di Jepun pada tahun 2011.

Menurut JMA, potensi untuk berlaku gempa bumi besar adalah lebih tinggi berbanding kebiasaan, namun ia bukanlah petunjuk bahawa bencana alam itu akan berlaku dalam tempoh tertentu.

Jika berlaku gempa bumi yang kuat pada masa hadapan, gegaran kuat dan tsunami besar bakal terbentuk. Kebarangkalian berlakunya gempa bumi besar adalah lebih tinggi daripada biasa, tetapi ini bukan petunjuk yang gempa bumi besar pasti berlaku dalam tempoh masa tertentu.

Agensi Meteorologi Jepun (JMA).

Ketua Setiausaha Kabinet Yoshimasa Hayashi berkata ketika sidang akhbar bahawa tiada laporan melibatkan sebarang aktiviti tidak normal di loji tenaga nuklear selepas gempa bumi yang berlaku semalam (8 Ogos).

Sumber: JMA

Tiada kemalangan jiwa atau kerosakan besar dilaporkan selepas gempa itu.

Japan Rail juga telah menggantung perkhidmatan ‘bullet train’ sebagai langkah berjaga-jaga.


Rakaman Video Yang Sempat Dirakam Ketika Gempa Bumi 7.1 Magnitud

Penduduk di kawasan sekitar sempat merakam video ketika detik berlakunya gempa bumi berukuran 7.1 magnitud itu semalam.


Sejarah Gempa Bumi Di Nankai Trough

Menurut JMA, gempa bumi kebiasaanya berlaku di Nankai Trough pada setiap 100 hingga 150 tahun.

Kejadian terakhir yang berlaku adalah pada Disember 1946 apabila gempa bumi berukuran 8.1 magnitud terjadi dan mengorbankan lebih 1,300 orang.

Penyiasatan Geologi Amerika Syarikat menyifatkannya sebagai salah satu gempa bumi paling dahsyat di dunia.

Kejadian itu juga telah memusnahkan lebih 36,000 buah rumah manakala 2,100 buah rumah dihanyutkan oleh tsunami yang mencapai ketinggian sehingga lima ke enam meter.

Sumber: Japan Guide

Pada Januari lalu, Jawatankuasa Penyelidikan Gempa Bumi Jepun meramalkan 70% hingga 80% kemungkinan gempa bumi antara 8.0 dan 9.0 magnitud melanda berhampiran Nankai Trough dalam tempoh tiga dekad akan datang.

Sebagai info, Jepun pernah dilanda gempa bumi dengan 9.0 magnitud yang membadai wilayah Tohoku pada tahun 2011 sehingga mengakibatkan bencana susulan iaitu tsunami yang meragut 20,000 nyawa.

Bukan itu sahaja, dua bencana tersebut sekaligus menyebabkan tiga reaktor di loji nuklear Fukushima Daiichi runtuh.

Baca Artikel Berkaitan: “Gegaran Hampir Sama Seperti Tsunami 2011” – Rakyat Malaysia Kongsi Situasi Gempa Bumi Di Jepun

Baca Artikel Berkaitan: Gempa Bumi Di Jepun: Wisma Putra Sahkan Tiada Rakyat Malaysia Terlibat


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd