67% Pekerja Di Malaysia Rasa ‘Burnout’ Di Pejabat, Alami Stres Lebih Dari Sekali Sebulan
Generasi Milenial dikatakan antara yang tertinggi peratusannya mengalami ‘burnout’ di tempat kerja iaitu sekitar 69%.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Boleh dikatakan hampir keseluruhan waktu siang kita diluangkan dengan melakukan tugasan tidak kiralah sama ada di pejabat, rumah atau mana-mana lokasi pilihan bagi mereka bekerja secara ‘remote’.
Kadangkala timbunan kerja yang terlalu banyak membuatkan badan kita berasa cepat lesu dan tidak bertenaga untuk meneruskan rutin harian yang lain.
Tetapi penat macam mana sekalipun, kerja tetap perlu diteruskan kerana ia merupakan sumber pendapatan yang akan digunakan untuk menanggung kehidupan.
Peratusan Pekerja Di Malaysia Yang Berasa ‘Burnout’ Semakin Meningkat
Menerusi laporan 2024 Wellness at Work dari Employment Hero, satu kajian telah dilakukan melibatkan 1,015 pekerja di Malaysia dan data daripada kaji selidik tersebut mendapati bahawa peratusan pekerja yang berasa letih atau ‘burnout’ di pejabat semakin meningkat.
Peningkatan itu telah melonjak naik ke 67% pada tahun ini berbanding 58% pada tahun 2022 yang lalu.
Sebagai info, ‘burnout’ itu merupakan satu perasaan di mana seseorang individu sering keletihan dari segi fizikal dan mental, tidak bermotivasi serta tidak produktif di tempat kerja.
Berdasarkan kajian, terdapat sedikit jurang di antara generasi yang mengalami ‘burnout’. Ia adalah seperti berikut:
- Generasi Milenial (69%)
- Gen-Z (64%)
- Gen X (61%)
- Boomers (38%)
Antara perkara lain diperhatikan dalam kajian ini adalah 47% pekerja di Malaysia berasa kurang selesa untuk berbincang mengenai kesihatan mental mereka kepada majikan.
Selain itu, hanya 57% rakyat Malaysia yang gembira dengan tahap kesihatan mental mereka dengan dianggarkan 88% masyarakat negara ini mengalami stres sekurang-kurangnya beberapa kali sebulan.
Baca Artikel Berkaitan: Malaysia Duduki Tangga Kedua Di Asia Tenggara Sebagai Negara Paling Ramai Pekerja Tidak Gembira
Majoriti rakyat Malaysia juga menyatakan bahawa tekanan kewangan dan kos sara hidup merupakan punca utama mereka berasa stres dalam tempoh tiga bulan kebelakangan ini.
Baca Artikel Berkaitan: Gaji Kerja Waktu Pejabat Tak Cukup, Rakyat Terpaksa Jana Pendapatan ‘Extra’ Untuk Sara Diri
Perkembangan Positif Dari Kajian Sama
Dalam perkembangan lain, 84% rakyat Malaysia berpuas hati terhadap hubungan mereka dengan rakan sepejabat dan 77% pula gembira kerana dapat menjaga hubungan baik melibatkan pihak majikan.
Sementara itu, mereka yang bekerja secara ‘remote’ memiliki keseimbangan dari segi waktu bekerja dan kehidupan peribadi kelihatan tampil lebih gembira dari sudut kesihatan mental berbanding golongan yang bertugas di pejabat atau hibrid.
Kajian ini turut membuktikan bahawa kebebasan memilih lokasi dan waktu bekerja adalah salah satu perkara yang dicari-cari oleh setiap pekerja di Malaysia selain memiliki gaji yang tinggi.
Tips Untuk Mengatasi Rasa ‘Burnout’ Di Tempat Kerja
Bagi anda yang mahu mengembalikan keceriaan ketika bekerja dan mahu mengurangkan rasa ‘burnout’ di pejabat, jom kami kongsikan beberapa tips untuk membantu anda.
Antaranya:
- Melakukan aktiviti yang relaks untuk beberapa tempoh singkat seperti mendengar lagu, yoga dan meditasi.
- Mengamalkan pemakanan yang seimbang.
- Mendapatkan tidur yang mencukupi.
- Mengurangkan masa dengan gajet.
- Mengenal pasti punca anda berasa burnout.
- Berkomunikasi dengan pekerja yang lain.
Sebagai majikan pula, anda juga berperanan untuk memberikan penghargaan kepada para pekerja yang telah bertungkus-lumus melakukan terbaik untuk syarikat agar mereka berasa lebih bersemangat.
Antara cara-cara yang boleh dilakukan oleh majikan untuk memberikan penghargaan kepada para pekerja mereka adalah seperti:
- Memberikan insentif bulanan kepada pekerja yang menunjukkan prestasi kerja yang positif.
- Memberikan hadiah kepada mereka ketika sambutan ulang tahun hari jadi.
- Sentiasa mengucapkan terima kasih dan memberi pujian atas segala kerja yang dilakukan dengan baik.
- Memberi peluang kepada pekerja untuk melontarkan idea atau pendapat tentang sesuatu perkara.
- Membawa pekerja melakukan aktiviti ‘outdoor’ di luar pejabat sekurang-kurangnya sebulan sekali untuk mengeratkan lagi hubungan.
Sebagai pekerja, sekecil-kecil penghargaan daripada majikan sangat memberi impak kepada diri mereka dan seterusnya mampu menaikkan produktiviti kerja menjadi lebih baik.
Baca Artikel Berkaitan: Bekerja Selama 27 Tahun Di Stesen Minyak, Pakcik Ini Dapat Hadiah Pakej Umrah Dari Majikan [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Bekerja Lebih 10 Tahun, Majikan Hadiahkan Kereta Kepada Staf
Baca Artikel Berkaitan: Gaji Rendah Bukan Lagi Punca Utama Pekerja Di Malaysia Berhenti Kerja
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.