Now Reading
Tesla Batal Hasrat Bina Kilang EV Di Asia, Malaysia Turut Terlibat – Media Luar Negara

Tesla Batal Hasrat Bina Kilang EV Di Asia, Malaysia Turut Terlibat – Media Luar Negara

Tesla telah membatalkan hasrat untuk membuka kilang kenderaan elektrik (EV) itu di seluruh dunia kecuali Amerika Syarikat, Jerman dan China, lapor media Thailand.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Hasrat Malaysia untuk mempunyai kilang pembuatan kereta elektrik (EV) dari jenama Tesla mungkin tidak kesampaian selepas syarikat berkenaan dilaporkan membatal niat membina kemudahkan pembuatan kenderaan tersebut di Asia Tenggara.

Menurut laporan media Thailand The Nation, negara itu pada awalnya telah dipilih oleh Tesla sebagai hab pembuatan kereta mereka di rantau ini selepas Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin mengadakan pertemuan dengan kepimpinan eksekutif Tesla.

Keputusan syarikat berkenaan yang sudah bersedia untuk melabur sebanyak RM22.4 bilion (AS$5 bilion) kini bertukar sebaliknya selepas mereka membubarkan pasukan eksekutif di sana dan hanya akan memberi tumpuan bagi mengukuhkan ekosistem stesen pengecasan.


Malaysia Juga Terkesan Dengan Keputusan Tesla Di Thailand

Tesla yang sebelum ini mahu membina kilang pembuatan di Thailand turut menawar peluang sama kepada Malaysia serta Indonesia bagi membuka lebih banyak kemudahan pengeluaran jenama berkenaan.

Sumber: Facebook Tesla

Difahamkan, rancangan untuk meluaskan lagi pembukaan kilang kenderaan EV milik mereka tidak diteruskan di seluruh dunia kecuali Amerika Syarikat, Jerman dan China.

“Tesla pada masa ini hanya membincangkan stesen pengecasan, dengan rancangan kilang itu digantung bukan sahaja di Thailand tetapi di seluruh dunia.

“Mereka tidak meneruskan (rancangan) di Malaysia, Indonesia atau di mana sahaja kecuali di China, Amerika dan Jerman,” menurut sumber itu.


Annuar Musa Minta Penjelasan Kerajaan Berhubung Dakwaan Kilang Tesla Tidak Jadi Dibina Di Malaysia

Menerusi hantaran dimuat naik di laman Facebook Presiden Muafakat Nasional Tan Sri Annuar Musa, beliau mempersoalkan keputusan yang dibuat oleh Tesla itu selepas mereka menarik balik rancangan untuk membina kilang seperti mana yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.

Annuar juga meminta agar pihak kerajaan memberikan penjelasan mengenai perkara tersebut

Baru beberapa bulan lepas YAB PM umumkan Tesla nak buka kilang besar EV di Malaysia dengan puluhan ribu peluang kerja untuk rakyat. Tiba-tiba hari ini keluar berita Tesla batalkan rancangan melabur di Malaysia tetapi akan melabur di China. Mungkin ada penjelasan dari kerajaan.

Presiden Muafakat Nasional Tan Sri Annuar Musa.

Setakat artikel ini ditulis, tiada lagi sebarang kenyataan dikeluarkan dari pihak kerajaan berhubung perkara tersebut.

Sebagai info, syarikat pembuatan kenderaan elektrik itu telah membuka Tesla Centre Malaysia pada Oktober tahun lalu dan ia terletak di Cyberview 23A, Persiaran APEC, Cyber 6, 63000 Cyberjaya, Selangor.

Baca Artikel Berkaitan: Tesla Buka Ibu Pejabat Di Selangor Tahun Ini – PM

Baca Artikel Berkaitan: Hampir Separuh Pemilik EV Di AS Ingin Bertukar Semula Ke Kereta Petrol & Diesel – Kajian


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd