Konsert Taylor Swift Di Vienna Dibatalkan Kerana Terima Ancaman Serangan Ekstremis
Konsert Taylor Swift selama tiga hari di Stadium Ernst Happel di Vienna, Austria itu sepatutnya berlangsung selama tiga hari pada 8, 9 dan 10 Ogos.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Tiket konsert Taylor Swift: The Eras Tour menjadi rebutan orang ramai di seluruh dunia selepas penyanyi antarabangsa itu melancarkan konsert jelajah dunia termasuklah di Singapura.
Para peminat Taylor Swift sudah pastinya tidak sabar untuk menyanyi pelbagai lagu artis berkenaan sekuat hati sambil mendengar ia dinyanyikan secara langsung.
Kenangan dapat menghadiri konsert itu menjadi satu detik yang akan diingati oleh mereka sehingga ke akhir hayat.
Baca Artikel Berkaitan: Ini 11 ‘Chants’ Yang Swifties Kena Hafal Sebelum Sertai Konsert Taylor Swift Di Singapura
Baca Artikel Berkaitan: Cecah Pendapatan RM30,000 Sehari Bawa Swifties Ke Konsert Taylor Swift Di Singapura
Baca Artikel Berkaitan: Peminat Kena ‘Kick’ Dari Konsert Taylor Swift Gara-gara Kena Scam Dengan Ulat Tiket
3 Konsert Taylor Swift Di Vienna Dibatalkan
Namun, para peminat Taylor Swift di Vienna yang tidak sabar untuk menonton konsert artis persembahan itu terpaksa berdepan hakikat selepas pihak penganjur mengumumkan pembatalan acara berkenaan yang sepatutnya berlangsung selama tiga hari.
Menerusi hantaran dimuat naik oleh pihak penganjur di laman Instagram Barracuda Music, konsert yang dijadualkan selama tiga hari pada 8, 9 dan 10 Ogos ini di Stadium Ernst Happel terpaksa dibatalkan atas faktor keselamatan.
Hantaran itu dimuat naik semalam (7 Ogos) selepas kerajaan Austria mengesahkan bahawa mereka menerima maklumat mengenai ancaman serangan yang mahu dilakukan di lokasi terbabit.
Dengan pengesahan dari kerajaan tentang rancangan serangan dari pengganas, kami tiada pilihan lain tetapi perlu membatalkan tiga konsert yang dijadualkan untuk menjaga keselamatan semua orang.
Penganjur konsert, Barracuda Music.
Dalam hantaran sama, kesemua tiket secara automatik akan dikembalikan kepada pembeli dalam tempoh 10 hari bekerja.
Dua Suspek Ekstremis Ditahan
Memetik laporan BBC, pihak berkuasa Austria telah menahan dua orang suspek esktremis di mana salah seorangnya menjadi perancang utama untuk melakukan serangan di kawasan Vienna.
Suspek pertama yang merupakan suspek utama berusia 19 tahun telah ditahan di Ternitz, selatan Vienna manakala individu kedua yang ditahan adalah di ibu negara Austria itu.
Pengarah Keselamatan Awam di Kementerian Dalam Negeri Austria iaitu Franz Ruf mendedahkan bahawa pihak mereka menyedari ‘persediaan’ yang mungkin dilakukan untuk melakukan serangan di konsert Taylor Swift tersebut.
Lapor agensi berita terbabit, Ruf berkata suspek berusia 19 tahun itu telah mengangkat sumpah taat setiap terhadap kumpulan militan IS berkenaan dan dipercayai menjadi radikal di Internet.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.