Now Reading
[Video] 11 Bonggol Di Melaka Jadi Perhatian, Wakil Penduduk Jelaskan Ini Sebabnya

[Video] 11 Bonggol Di Melaka Jadi Perhatian, Wakil Penduduk Jelaskan Ini Sebabnya

Menurut Yohani Ab.Wahab bonggol tersebut dibina selepas ia dijadikan sebagai laluan pintas khususnya penduduk dari Payasum, Tangga Batu, dan juga Paya Rumput.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sejak beberapa hari lalu, tular satu video di media sosial memaparkan kewujudan 11 bonggol yang dibina di kawasan perumahan di Sungai Udang, Melaka.

Menerusi video tersebut kelihatan bonggol atau ‘bumper’ yang kelihatan seperti baru dicat itu mempunyai jarak yang tidak jauh sekitar 50 meter setiap satu.

Perkara itu secara tidak langsung membuatkan individu yang dikenali sebagai Ellys tertanya tanya mengapa bonggol banyak diletakkan di kawasan perumahan berkenaan.

Baca artikel berkaitan: “Macam Ambil Test JPJ” – Bonggol Banyak Sepanjang Kawasan Perumahan Jadi Tumpuan


Bonggol sudah lama dibina sejak tahun 2006 kerana laluan digunakan sebagai jalan pintas

Sedar perkara itu mula menular dan menjadi perhatian ramai, Ketua Persatuan Penduduk Taman Sungai Udang, Yohani Ab. Wahab tampil memberikan penjelasan berhubung 11 bonggol berkenaan.

Memetik Kosmo, bonggol tersebut terpaksa dibina selepas laluan di taman berkenaan menjadi ‘lebuh raya’ pintas untuk pengguna jalan raya.

Menurutnya, bonggol tersebut telah dibina sejak tahun 2006 lagi selepas banyak kenderaan luar termasuklah lori dan treler melalui kawasan perumahan berkenaan.


Pembinaan bonggol sudah mendapat kelulusan Adun Sungai Udang dan patuhi spesifikasi ditetapkan

Ujarnya taman itu telah menjadi laluan pintas terutama untuk mereka yang duduk dari Payasum, Tangga Batu dan juga Paya Rumput.

“Pembinaan bonggol mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Udang ketika itu, selain mematuhi spesifikasi pembinaan ditetapkan.

“Sejak Lebuh Raya Sungai Udang-Paya Rumput- Ayer Keroh (SPA) dibuka pada 2005 dan pembinaan Taman Keris Satria di sebelah, semakin banyak kenderaan menggunakan laluan taman ini sehingga mengancam keselamatan pendudul.

“Asalnya hanya ada dua bonggol tetapi selepas berlaku beberapa kemalangan termasuk anak penduduk dilanggar dan kereta dirempuh kenderaan luar, kami telah menambah lagi bonggol,” jelasnya, dipetik Kosmo.

Katanya lagi, laluan itu juga baru diturap selepas ia mengalami kerosakan manakala bonggol pula telah dicat dengan warna kuning untuk memberi amaran kepada pengguna lain agar memperlahankan kenderaan mereka.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd