“Yang Berkuasa Kekal Berkuasa” – Isu Malaysia Wajibkan Platform Media Sosial Mohon Lesen Raih Perhatian Ramai
Perkhidmatan media sosial dan pesanan Internet di Malaysia perlu memohon Lesen Kelas Pemberian Perkhidmatan Aplikasi di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Media sosial merupakan satu platform penggunaan atas talian yang semakin meluas di seluruh dunia tanpa mengira peringkat umur.
Dalam penggunaan tersebut, tidak dinafikan terdapat banyak kemudahan yang diberikan dalam kehidupan seharian terutamanya dari segi komunikasi dan penerimaan maklumat dalam tempoh singkat.
Walau bagaimanapun, penggunaan media sosial yang tidak dikawal dengan baik boleh mengakibatkan kesan mudarat kepada generasi muda.
Platform Media Sosial Di Malaysia Perlu Mohon Lesen
Susulan itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dalam satu kenyataan dimuat naik di laman Facebook baru-baru ini mengumumkan bahawa satu kerangka kawal selia baharu akan diperkenalkan pada 1 Ogos ini.
Berdasarkan keputusan yang dibuat oleh seluruh Jemaah Menteri, semua perkhidmatan media sosial dan pesanan Internet di Malaysia perlu memohon Lesen Kelas Pemberian Perkhidmatan Aplikasi di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).
Kerangka tersebut yang akan mula berkuatkuasa pada 1 Januari 2025 dilakukan dengan tujuan untuk membendung peningkatan masalah jenayah siber seperti jenayah seksual kanak-kanak, buli siber dan penipuan atas talian.

Pihak yang tidak mendapatkan lesen berkenaan boleh dikenakan hukuman dari segi undang-undang.
“Kegagalan memperoleh lesen selepas tarikh kuat kuasa adalah satu kesalahan dan tindakan perundangan sewajarnya boleh diambil di bawah Akta 588,” kata MCMC.
Perintah Komunikasi dan Multimedia (Pelesenan)(Pengecualian) 2000 sebelum ini telah mengecualikan platform-platform tersebut daripada perlu memohon pelesenan.
Kerangka kawal selia baharu tersebut hanya terpakai kepada platform yang menepati syarat kelayakan pelesenan dan tidak melibatkan pengguna.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC).
Langkah yang dilakukan ini diharapkan dapat membentuk ekosistem atas talian yang lebih selamat kepada seluruh pengguna.
Platform Media Sosial Boleh Ditutup Jika Beroperasi Tanpa Lesen
Menerusi laporan Berita Harian, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan akan menutup mana-mana penyedia perkhidmatan media sosial dan pesanan Internet yang beroperasi tanpa memiliki lesen mulai 1 Januari 2025.
Beliau turut mendedahkan bahawa tindakan penutupan itu adalah di bawah bidang kuasa MCMC dan menafikan dakwaan kononnya arahan dari MCMC tersebut dilakukan kerana motif politik bagi menyekat komen negatif terhadap kerajaan.
“Apa nak takut kalau media digunakan dengan menyatakan kebenaran dan memperkenalkan identiti (pemegang akaun) yang sebenar.
“Banyak negara tidak menggunakan saluran media sosial sekarang. China umpamanya tidak menggunakan saluran media yang sama dengan kita. Mereka ada cara sendiri untuk melawan,” katanya.
Timbul Reaksi Kurang Senang Dari Masyarakat
Pengasas bersama Lawyers for Liberty iaitu Eric Paulsen menerusi beberapa ciapan dimuat naik di laman X milik (@EricPaulsen101) turut memberi respon terhadap kerangka yang bakal dilaksanakan oleh kerajaan berkaitan platform media sosial.
Eric menganggap tindakan berkenaan seolah-olah mahu menyekat kebebasan bersuara di Malaysia.
This must be seen in light of the record social media takedown requests by the govt in recent years. We do not know the details/ breakdown of these requests – just because officials say they are 3R etc, do not automatically mean they are legitimate requests. https://t.co/17dRY1K9Rx
— Eric Paulsen (@EricPaulsen101) July 28, 2024
Of coz, the govt has a legitimate duty to address criminality in cyberspace – scams, incitement to violence/ threats & other genuinely harmful contents. But for freedom of speech to be meaningful, it must protect criticisms of all sorts against the govt & political elites.
— Eric Paulsen (@EricPaulsen101) July 28, 2024
Tambahnya lagi, situasi ini dikatakan akan menyebabkan mereka yang berkuasa kekal berkuasan manakala rakyat pula terus dikalahkan.
People in power want to remain in power. That is why they keep bad laws like the Sedition Act even though they have promised repeatedly to repeal it. When they lose power, the bad laws remain, free to be used by the new people in power. The rakyat will be the loser, as always.
— Eric Paulsen (@EricPaulsen101) July 28, 2024
Beliau turut mempertikaikan bagaimana Akta Hasutan, Akta Komunikasi dan Multimedia serta Akta Perhimpunan Aman didakwa telah disalahgunakan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Tidak ada sebab untuk berfikir bahawa pelesenan atau perundangan media sosial yang dicadangkan ini juga tidak akan disalahgunakan.
Pengasas bersama Lawyers for Liberty, Eric Paulsen.
Look at how the Sedition Act, Communications & Multimedia Act, Peaceful Assembly Act etc have been misused in recent years. There is absolutely no reason to think that these new proposed social media licencing/ legislation will also not be misused.
— Eric Paulsen (@EricPaulsen101) July 28, 2024
Indeks Kebebasan Media Malaysia Merosot
Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Reporters Without Borders (RSF), Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 merekodkan Malaysia telah menunjukkan kedudukan yang merudum pada tahun ini.
Malaysia kini berada di tangga ke-107 pada tahun ini berbanding kedudukan ke-73 pada tahun 2023 dan sekaligus kehilangan takhta sebagai negara ASEAN yang mempunyai indeks kebebasan media terbaik kepada Thailand.

RSF turut mengeluarkan analisis bahawa antara faktor penurunan kedudukan Malaysia dalam indeks kebebasan media adalah disebabkan tindakan kerajaan yang menyekat perkongsian berhubung kritikan kepada kerajaan dan juga sensitiviti terhadap kaum, agama serta raja.
Menerusi data yang dipengerusikan, pencapaian terbaik Malaysia adalah dari sudut sekuriti iaitu di tangga ke-67. Namun, kedudukan ini merosot sebanyak 29 anak tangga berbanding tahun 2023 (ke-38).
Memetik Sinar Harian, RSF mentakrifkan kebebasan media sebagai kemampuan wartawan secara individu atau organisasi untuk menyebarkan berita bersifat berkepentingan awam tanpa melibatkan campur tangan isu politik, ekonomi, perundangan dan sosial.
Baca Artikel Berkaitan: Indeks Kebebasan Media: Kedudukan Malaysia Merosot Ke Tangga 107 Berbanding Ke-73
Baca Artikel Berkaitan: Anak Bawah 13 Tahun Tak Dibenarkan Miliki Akaun Media Sosial – Fahmi Fadzil
Baca Artikel Berkaitan: 3 Akaun X ‘Disekat Di Malaysia’ Disebabkan Oleh Tuntutan Undang-Undang
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



