Malaysia Negara Ke-4 Dunia Tawar Ganjaran Paling Mewah Buat Atlet Pemenang Emas Olimpik 2024
Negara yang paling banyak menawarkan ganjaran buat atlet yang berjaya memenangi pingat emas di Sukan Olimpik Paris 2024 adalah Hong Kong iaitu berjumlah RM3,560,651.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Bermula 26 Julai hingga 11 Ogos 2024, 206 buah negara di seluruh dunia akan melakukan yang terbaik untuk mewakili negara masing-masing dalam Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis.
Sudah pastinya setiap peserta mempunyai impian untuk merebut pingat emas dalam acara sukan yang dipertandingkan bagi mengharumkan nama negara.
Malah, kebanyakan negara termasuk Malaysia juga menawarkan ganjaran istimewa kepada para atlet mereka sekiranya berjaya memperoleh tempat pertama dalam mana-mana kategori yang diwakilkan.

Malaysia Jadi Negara Ke-4 Dengan Ganjaran Paling Mahal Untuk Atlet Yang Berjaya Peroleh Pingat Emas
Menerusi hantaran dimuat naik di laman Instagram (@seasia.stats), Forbes mendedahkan bahawa Malaysia tersenarai dalam 10 buah negara yang akan memberikan ‘habuan’ khas kepada atlet Sukan Olimpik yang berjaya membawa pulang pingat emas.
Dalam senarai tersebut, Malaysia berada pada kedudukan keempat dengan jumlah ganjaran hampir RM1 juta iaitu sekitar RM992,323 (USD$214,000).

Bukan itu sahaja, mana-mana atlet yang berjaya menempah tempat pada kedudukan pada podium di Sukan Olimpik 2024 ini juga akan diberikan pencen seumur hidup bernilai RM1,854 (USD$400) sehingga RM5,100 (USD$1,100) untuk sebulan.
Kalau anda mahu tahu negara mana yang paling tinggi ganjaran yang ditawarkan kepada atlet mereka, boleh lihat senarai di bawah:
- Hong Kong (RM3,560,651)
- Israel (RM1,274,972)
- Serbia (RM1,010,747)
- Malaysia (RM992,323)
- Itali (RM908,745)
- Lithuania (RM843,790)
- Moldova (RM792,783)
- Latvia (RM718,605)
- Hungary (RM709,365)
- Bulgaria (RM644,456)
Ganjaran Yang Menanti Atlet Malaysia Jika Berjaya Perolehi Pingat Emas
Memetik Kosmo, pengendali rangkaian mudah alih redONE Mobile (redONE) menawarkan ganjaran bernilai RM1 juta kepada atlet Malaysia yang memperolehi pingat emas pada Sukan Olimpik Paris 2024.
Hadiah tersebut akan dibayar secara ansuran dalam tempoh 10 bulan sebagai sokongan jangka masa panjang kepada atlet tersebut selain akan diambil sebagai duta redONE selama empat tahun sehingga tibanya Sukan Olimpik Los Angeles 2028.

Dalam pada itu, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) juga akan menyediakan insentif kepada pemenang emas dengan memberikan RM1 juta manakala pemegang pingat perak pula akan diberikan sejumlah RM300,000 dan RM100,000 untuk gangsa.
Bukan itu sahaja, mereka juga akan diberikan Skim Imbuhan Tetap Olimpik secara bulanan sepanjang hayat dengan jumlah berikut:
- RM5,000 (Emas)
- RM3,000 (Perak)
- RM2,000 (Gangsa)

Selain wang tunai, Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Top Glove serta pemilik Top Residency iaitu Tan Sri Dr Lim Wee Chai juga akan menyumbangkan sebuah pangsapuri mewah bernilai RM1 juta di Setia Alam.
Chery Malaysia turut menjelaskan bahawa mereka akan memberikan hadiah sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) bagi mana-mana atlet yang berjaya memenangis apa jua pingat di Sukan Olimpik.
Baca Artikel Berkaitan: Ini 13 Baju Seragam Atlet Dari Negara Lain Untuk Sukan Olimpik 2024 Di Paris
Baca Artikel Berkaitan: Video Rasmi Acara Pembukaan Olimpik Paris 2024 Dipadam Selepas Terima Kecaman Teruk
Baca Artikel Berkaitan: “Ini Baru Level Antarabangsa” – Baju Seragam Atlet Paralimpik Malaysia Raih Pujian Masyarakat
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



