Now Reading
Anggota Polis Didakwa Bunuh Nur Farah Kartini, Sebutan Semula Kes Pada 30 Ogos

Anggota Polis Didakwa Bunuh Nur Farah Kartini, Sebutan Semula Kes Pada 30 Ogos

Suspek kes bunuh Nur Farah Kartini merupakan seorang anggota polis yang berkhidmat di Balai Slim River, iaitu Lans Koperal Muhammad Alif Monjani.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Terbaharu, seorang anggota polis yang berkhidmat di Balai Slim River iaitu Lans Koperal Muhammad Alif Monjani telah didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu hari ini (26 Julai) atas pertuduhan membunuh Nur Farah Kartini Abdullah.

Kes pembunuhan yang dipercayai melibatkan tertuduh berusia 26 tahun itu telah disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan di mana anggota polis tersebut boleh dikenakan hukuman mati atau penjara di antara 30 hingga 40 tahun dengan tidak kurang 12 sebatan.

Walau bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh semasa kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza.

Memetik laporan Berita Harian, mahkamah menetapkan 30 Ogos sebagai tarikh sebutan semula kes.

Sumber: Harian Metro

Kes Pembunuhan Nur Farah Kartini

Seorang graduan dari Universiti Pendidikan Sultan Idris telah ditemui mati dibunuh selepas mayatnya ditemui di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor pada 15 Julai lalu oleh anggota polis Selangor.

Kosmo melaporkan bahawa jasad wanita berkenaan ditemui dalam keadaan tidak bernyawa dan disyaki dibunuh sebelum dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk proses bedah siasat.

Pemeriksaan awal mendapati mayat terbabit dipercayai adalah mangsa yang dilaporkan hilang pada 11 Julai lalu selepas dipercayai dalam perjalanan menghantar kereta sewa kepada pelanggan di Taman Universiti, Tanjung Malim, Perak.

Sumber gambar: Berita Harian

Jenazah Nur Farah Kartini telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Nyiur Manis, Pekan, Pahang pada 18 Julai lalu sekitar 5:20 petang.

Baca Artikel Berkaitan: Nur Farah Kartini Dipercayai Mati Dibunuh, Penjawat Awam Usia 26 Tahun Dibawa Ke Mahkamah Untuk Reman

Baca Artikel Berkaitan: UPSI Tawar Bantuan Buat Keluarga Nur Farah Kartini, Sedia Tanggung Kos Pengurusan Jenazah


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd