Pencemaran Bau: Air Selangor Henti Tugas 4 LRA, 7 Wilayah Alami Gangguan Air
Tujuh wilayah yang terjejas sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini adalah Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor dan Kuala Selangor.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Air Selangor sebentar tadi (23 Julai) memaklumkan penghentian tugas sementara bagi empat loji rawatan air (LRA) berikutan insiden pencemaran bau di Sungai Kundang dan Sungai Sembah.
Antara loji rawatan air yang terlibat adalah:
- Loji Rawatan Air Rantau Panjang (LRA Rantau Panjang)
- Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1)
- Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2 (LRA SSP2)
- Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3 (LRA SSP3)
Susulan itu, tujuh wilayah di sekitar Selangor akan mengalami gangguan bekalan air secara tidak berjadual termasuklah Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor dan Kuala Selangor.
Bagi mengurangkan beban masyarakat, pihak Air Selangor telah menyediakan lori-lori tangki air untuk digerakkan ke kawasan terjejas serta akan memberi keutamaan kepada premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian.
Air Selangor sedang berusaha sedaya upaya untuk meminimumkan impak kepada para pengguna. Bantuan alternatif melalui lori-lori tangki air akan digerakkan ke kawasan-kawasan yang terjejas.
Air Selangor.
Air Selangor juga akan memberikan makluman terkini berkaitan insiden ini dari semasa ke semasa menerusi media massa.
Air Selangor ingin memaklumkan henti tugas sementara empat loji rawatan air iaitu Loji Rawatan Air Rantau Panjang (LRA Rantau Panjang) serta Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1), Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2 (LRA SSP2), dan Loji Rawatan Air Sungai… pic.twitter.com/FKgobRWWuV
— Air Selangor (@air_selangor) July 23, 2024
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



