Pemandu E-Hailing Didakwa Hilang Kini Ditemui Selamat, Rupanya Hilangkan Diri Kerana Masalah Kewangan
Pemandu e-hailing dikenali sebagai Syahrul Asyraf Dahlan itu ditemui di di tepi jalan Pandamaran, Klang pada Jumaat lalu (19 Julai) sekitar jam 5:40 petang.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Sejak akhir-akhir ini, kes orang hilang semakin membimbangkan kerana ia diakhiri dengan berita kurang senang bagi sesetengah kejadian seperti mana yang berlaku kepada seorang wanita, Nur Farah Kartini.
Baca Artikel Berkaitan: Nur Farah Kartini Dipercayai Mati Dibunuh, Penjawat Awam Usia 26 Tahun Dibawa Ke Mahkamah Untuk Reman
Pada 12 Julai lalu, seorang pemandu e-hailing dikenali sebagai Syahrul Asyraf Dahlan pula telah dilaporkan hilang dan tidak dapat dijejaki selepas beberapa kali cuba untuk dihubungi.
Berita kehilangan lelaki berkenaan turut disebarkan oleh abangnya bernama Saiful Azman menerusi laman Facebook dan ia turut dikongsikan semula oleh pengguna media sosial yang lain.
Polis Dedah Pemandu E-hailing Itu Kini Ditemui Selamat
Menerusi laporan BERNAMA, pemandu berkenaan telah ditemui selamat di tepi jalan Pandamaran, Klang pada Jumaat lalu (19 Julai) sekitar jam 5:40 petang.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata pihak mereka berjaya mengesan kelibat seorang individu berusia 33 tahun itu tanpa sebarang kecederaan.
Ketika pihak polis bertanya kepada pemandu e-hailing tersebut tentang perkara sebenar yang berlaku, dia membuat keputusan untuk menghilangkan diri kerana mempunyai masalah kewangan yang kritikal.
Ketika ditemui, lelaki itu dalam keadaan selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan fizikal. Hasil temu bual awal pihak polis mendapati lelaki itu tidak memaklumkan kepada ahli keluarga mengenai keberadaannya kerana dalam keadaan tekanan berikutan masalah kewangan kritikal.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail.
Susulan itu, pihak polis segera memaklumkan penemuan mereka itu kepada ahli keluarga pemandu berkenaan yang dijumpai dalam keadaan baik.
Kes Kehilangan Pemandu E-Hailing
Memetik laporan Kosmo, Saiful Azwan berkata adiknya yang menetap di Pandan Indah, Ampang itu tidak dapat dihubungi selepas kali terakhir berhubung di WhatsApp dan memaklumkan bahawa dia akan menghantar ke Teluk Intan, Perak.

“Kali terakhir saya dapat hubunginya pada Khamis lalu melalui WhatsApp dan dia tidak ada mengadu menghadapi apa-apa masalah.
“Selepas itu pada keesokan harinya, saya tidak dapat menghubunginya lagi sehingga ke hari ini (12 Julai) walaupun sebelum itu dia ada maklumkan kemungkinan akan menghantar penumpang ke Teluk Intan,” ujarnya.
Tambahnya lagi, adiknya itu tidak pernah menghilangkan diri atau mengadu mempunyai sebarang masalah keluarga.
Dia tidak pernah hilang macam ini atau mempunyai masalah keluarga, isteri dan empat anaknya berusia sembilan hingga dua tahun sentiasa menanti kepulangannya.
Abang kepada pemandu e-hailing yang hilang, Saiful Azwan.
Abang kepada pemandu e-hailing ini yang menetap di Melaka berharap agar mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai adiknya untuk tampil segera menghubungi keluarga mereka.
Baca Artikel Berkaitan: Pemandu E-hailing Didakwa Hilang Ketika Mahu Hantar Penumpang Ke Teluk Intan
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.