Now Reading
PDRM Tawar Diskaun Saman Sehingga 50% Di Pelancaran Bulan Kebangsaan

PDRM Tawar Diskaun Saman Sehingga 50% Di Pelancaran Bulan Kebangsaan

Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024 akan diadakan pada 21 Julai 2024 (Ahad) di Cyber Event Hall Cyberjaya, Selangor.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pasti ramai di antara kita yang masih belum melangsaikan kompaun saman diterima. Buat segelintir individu, mereka mengelak untuk membayar kerana jumlah kompaun dikenakan terlalu tinggi.

Namun usah risau, kini pihak berkuasa menawarkan tawaran terbaik untuk anda membayar segala hutang tersebut.

Baru-baru ini, Jabatan Penerangan menerusi perkongsian di Facebook memaklumkan bahawa orang ramai akan berpeluang menikmati pengurangan bayaran saman Polis Diraja Malaysia (PDRM) sehingga 50% di Cyber Event Hall Cyberjaya, Selangor.

Majlis tersebut bermula 9 pagi hingga 4.30 petang pada Ahad ini (21 Julai 2024). Untuk info pembayaran kompaun hanya boleh dibuat di tapak program sahaja dan juga ia tertakhluk kepada terma dan syarat.

Bagi memeriahkan program tersebut, semua orang dijemput hadir dan menyertai segala acara yang dianjurkan.


Jualan Bahan Mentah Harga Murah Juga Tersedia

Selain pembayaran saman, Jualan Kombo Agro MADANI oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Jualan Ehsan Rahmah MADANI akan turut diadakan di mana jualan itu menawarkan pelbagai produk dengan harga murah.

Antara produk utama yang akan tersedia adalah seperti berikut:

  • Ayam
  • Ikan
  • Daging
  • Telur
  • Minyak masak botol 5 kg
  • Beras 5 kg

Program ini bukan sahaja tertumpu buat golongan dewasa sahaja, malah ia juga tersedia dengan skim dan aktiviti yang sesuai untuk kanak-kanak. Berikut kami kongsikan beberapa aktiviti dan acara lain di sana:

  • Kuiz Roda Merdeka
  • Pameran Kemerdekaan
  • Pameran Kids Tech Centre dan Urban Farm Tech
  • Skim Perlindungan PERKESO
  • Skim Pinjaman Laptop dan Desktop Percuma
  • Pertandingan Mewarna
  • Foodtrucks

Pelancaran Bulan Kebangsaan Untuk Pupuk Semangat Patriotisme Rakyat

Mengulas lanjut mengenai program yang berkonsepkan karnival rakyat ini, majlis pelancaran tersebut akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bukan itu sahaja, majlis ini juga adalah satu medium bagi memupuk semangat kenegaraan patriotisme dalam warga Malaysia.

Program tersebut turut dianjurkan bagi menunggu detik sambutan Hari Kebangsaan 2024 pada 31 Ogos di Putrajaya dan sambutan Hari Malaysia 2024 pada 16 September di Sabah.

Anda boleh layari laman sesawang [DI SINI] bagi mendapatkan sebarang maklumat lanjut mengenai Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2024 dan pelbagai program yang bakal diadakan.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd