Forbes Advisor Senaraikan KL Sebagai Bandar Ke-5 Paling Bahaya Di Asia Tenggara, Ke-29 Di Dunia
Menurut Forbes Advisor, bandar yang paling bahaya di Asia Tenggara adalah Yangon, Myanmar manakala negara yang paling selamat di dunia dan rantau ini adalah Singapura.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Malaysia adalah sebuah negara yang telah berjaya mencapai pelbagai kejayaan dengan menerima banyak pengiktirafan dari masyarakat dunia.
Sebelum ini, Malaysia pernah tersenarai sebagai negara yang paling disayangi di Asia dan juga berada pada tangga kedua sebagai negara paling aman di Asia Tenggara pada tahun 2023.
Perkara ini juga boleh menjadi faktor mengapa Malaysia menjadi antara destinasi paling popular selepas Jepun dan Thailand untuk sambutan Tahun Baru Cina pada tahun ini.
Baca Artikel Berkaitan: Malaysia Raih Tempat Ke-3 Destinasi Paling Popular Untuk Tahun Baru Cina
Baca Artikel Berkaitan: Malaysia Tersenarai Sebagai Negara Paling Disayangi Di Asia
Baca Artikel Berkaitan: Malaysia Raih Tempat Ke-2 Negara Paling Aman Makmur Di Asia Tenggara Untuk 2023
Malaysia Tersenarai Sebagai Negara Ke-5 Paling Bahaya Di Asia Tenggara
Namun Forbes Advisor dalam satu kemaskini laporan telah menyenaraikan ibu negara Malaysia iaitu Kuala Lumpur antara bandar yang paling bahaya di Asia Tenggara untuk dilawati.
Berdasarkan perbandingan yang dilakukan oleh Forbes Advisor melibatkan insurans perjalanan untuk rakyat Amerika Syarikat, terdapat 60 buah negara yang terlibat dalam kajian tersebut.

Dalam indeks berkenaan, Kuala Lumpur telah menjadi bandar kelima paling bahaya untuk dilawati di Asia Tenggara manakala bandar-bandar lain yang tersenarai dalam kategori sama adalah seperti berikut:
- Yangon, Myanmar (ke-3 paling bahaya di dunia)
- Manila, Filipina (ke-5 paling bahaya di dunia)
- Jakarta, Indonesia (ke-11 paling bahaya di dunia)
- Ho Chi Minh, Vietnam (ke-20 paling bahaya di dunia)
- Kuala Lumpur, Malaysia (ke-29 paling bahaya di dunia)
- Bangkok, Thailand (ke-30 paling bahaya di dunia)
Sementara itu jika dibandingkan dengan bandar-bandar lain di seluruh dunia, Kuala Lumpur berada pada kedudukan ke-29 dengan jumlah skor 55.36%.
Berdasarkan lima kategori yang menentukan kedudukan ini, Malaysia memiliki rekod seperti berikut:
- Risiko jenayah (15/60)
- Risiko keselamatan peribadi (28/60)
- Risiko keselamatan kesihatan (23/60)
- Risiko keselamatan infrastruktur (24/60)
- Risiko keselamatan digital (26/60)
Sebagai info, bandar yang paling bahaya di dunia dengan jumlah skor sebanyak 100% adalah milik Caracas, Venezuela dengan memiliki risiko jenayah dan risiko keselamatan kesihatan paling teruk.

Bandar-bandar Yang Paling Selamat Di Dunia
Mesti anda terfikir, kota apa yang dikategorikan sebagai yang paling selamat? Mengikut dapatan sama, bandar yang paling selamat di dunia adalah Singapura, diikuti dengan Tokyo, Jepun dan Toronto, Kanada.

Singapura dikatakan mempunyai risiko bencana alam yang paling rendah dan kedua terendah dalam risiko keselamatan kesihatan, keselamatan infrastruktur serta risiko keselamatan digital selepas memiliki jumlah skor 0%.
Tokyo di Jepun pula telah diiktiraf sebagai bandar yang paling rendah risiko keselamatan kesihatan selepas memiliki jumlah skor sekadar 10.72%.
Baca Artikel Berkaitan: Bila Sebut ‘Malaysia’, Apa Yang Terlintas Dalam Fikiran Anda? Ini Respon Dari Netizen Seluruh Dunia
Baca Artikel Berkaitan: Ini 5 Lokasi & Aktiviti Menarik Bila Bercuti Di Singapura
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.