Pemandu E-hailing Didakwa Hilang Ketika Mahu Hantar Penumpang Ke Teluk Intan
Pemandu e-hailing yang dikenali sebagai Syahrul Ashraf bin Dahlan itu dipercayai mahu menghantar pelanggan ke Teluk Intan, Perak sebelum gagal dihubungi sejak Khamis lalu.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Kes kehilangan individu yang tidak dapat dijejaki semakin membimbangkan selepas berlakunya kejadian terbaharu melibatkan seorang wanita berusia 25 tahun yang dipercayai mati dibunuh.
Baca Artikel Berkaitan: Nur Farah Kartini Dipercayai Mati Dibunuh, Penjawat Awam Usia 26 Tahun Dibawa Ke Mahkamah Untuk Reman
Baru-baru ini, satu lagi laporan tentang kehilangan individu lelaki iaitu Syahrul Ashraf bin Dahlan dipercayai berlaku ketika sedang menjalankan tugas sebagai pemandu e-hailing.
Memetik laporan Kosmo, lelaki tersebut yang dikenali sebagai Syahrul Ashraf Dahlan berusia 33 tahun didakwa tidak dapat dihubungi selepas dikatakan mahu menghantar penumpang ke Perak.
Kali Terakhir Dihubungi Adalah Pada Khamis Lalu
Memetik laporan Kosmo, abang kepada pemandu e-hailing berkenaan iaitu Saiful Azwan, 38, berkata adiknya yang menetap di Pandan Indah, Ampang itu tidak dapat dihubungi termasuklah isterinya.
Saiful Azwan berkata kali terakhir dia dihubungi adiknya melalui pesanan mesej di WhatsApp adalah untuk memaklumkan bahawa dia akan menghantar ke Teluk Intan, Perak.

“Kali terakhir saya dapat hubunginya pada Khamis lalu melalui WhatsApp dan dia tidak ada mengadu menghadapi apa-apa masalah.
“Selepas itu pada keesokan harinya, saya tidak dapat menghubunginya lagi sehingga ke hari ini walaupun sebelum itu dia ada maklumkan kemungkinan akan menghantar penumpang ke Teluk Intan,” ujarnya.
Tambahnya lagi, adiknya itu tidak pernah menghilangkan diri atau mengadu mempunyai sebarang masalah keluarga.
Dia tidak pernah hilang macam ini atau mempunyai masalah keluarga, isteri dan empat anaknya berusia sembilan hingga dua tahun sentiasa menanti kepulangannya.
Abang kepada pemandu e-hailing yang hilang, Saiful Azwan.
Laporan Polis Telah Dibuat Di Ampang
Susulan itu, satu laporan polis telah dibuat pada Ahad lalu (14 Julai) di Balai Polis Pandan Indah.
Abang kepada pemandu e-hailing ini yang menetap di Melaka berharap agar mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai adiknya untuk tampil segera menghubungi keluarga mereka.
“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai keberadaan Syahrul Ashraf diharap dapat membantu menghubungi saya di talian 017-6328457,” katanya.

(Sumber: Facebook Farah Liey)
Orang Ramai Bantu Sebarkan Berita Kehilangan Pemandu E-Hailing Di Media Sosial
Menerusi hantaran dimuat naik di laman Facebook, seorang pengguna media sosial juga membantu untuk menyebarkan tentang berita kehilangan pemandu e-hailing berkenaan.
Difahamkan lokasi terakhir dijejaki adalah di Kampung Serkam, Merlimau, Melaka dan pemandu e-hailing itu membawa kereta jenis Proton Persona berwarna coklat dengan nombor kenderaan VCE 4826.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.