Padah Cabul Remaja Ketika Snorkeling, Pemandu Pelancong Dipenjara 8 Tahun & 2 Sebatan
Hasil siasatan turut mendapati bahawa pemandu pelancong yang mencabul remaja perempuan itu merupakan pendatang asing tanpa izin (PATI).


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Seorang lelaki berusia 18 tahun telah mengaku bersalah atas tuduhan mencabul seorang remaja perempuan berusia 17 tahun ketika melakukan aktiviti snorkeling.
Memetik sumber Buletin TV3, kejadian itu dilaporkan berlaku di Pulau Kapalai, Semporna, Sabah pada 3 Julai lalu.
Tertuduh, Bara Madrasah telah dihadapkan ke mahkamah dan pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rosli Ahmad selepas pendakwaan kes dilakukan oleh Asisten Superintendan Nur Intan Jamrin mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017.
Akta berkenaan membolehkan pesalah menerima hukuman penjara selama 20 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan.
Tertuduh Dijatuhi Hukuman Lapan Tahun & Dua Sebatan
Pengakuan bersalah oleh Bara memperuntukkan hukuman penjara selama lapan tahun berkuat kuasa dari tarikh ditangkap pada 4 Julai serta sebatan sebanyak dua kali.

Hasil siasatan turut mendapati bahawa tertuduh merupakan pendatang asing tanpa izin (PATI).
Susulan itu, pihak mahkamah juga memerintahkan tertuduh untuk dirujuk kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan menghantar semula ke negara asal selepas selesai menjalani hukuman.
Apa Yang Berlaku Ketika Aktiviti Snorkeling Melibatkan Mangsa Dan Tertuduh?
Seorang remaja perempuan bersama keluarganya dari Klang, Selangor sedang melancong ke beberapa buah pulau dan pusat peranginan di Semporna, Sabah.
Percutian mereka itu dikendalikan oleh ejen pelancongan selepas mengambil tempahan perkhidmatan dari mereka.
Namun percutian tesebut telah menjadi kurang senang apabila pemandu pelancong terlibat didakwa melakukan amang seksual kepada mangsa.

Kejadian berkenaan telah berlaku sekitar jam 1:49 tengah hari dan sempat dirakam menggunakan kamera yang dibawa oleh remaja perempuan tersebut.
Oleh kerana tidak selesa dengan tindakan tertuduh, mangsa telah memberi teguran tetapi ia tidak diendahkan.
Tidak lama selepas itu, mangsa mengadu perkara berkenaan kepada ahli keluarganya sebelum bertindak membuat laporan polis.
Baca Artikel Berkaitan: Pihak Polis Tahan Remaja Lelaki Cabul Gadis 12 Tahun Dalam Lif Di Putrajaya
Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Didakwa Cabul Wanita Dalam Premis Pasar Raya, Caprice Minta PDRM Bantu Mangsa
Baca Artikel Berkaitan: Bomoh Cabul Pelajar Dalam Semak Mengaku Bersalah
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.