Now Reading
Individu Menyamar Pakai Baju Askar, Dipercayai Ingin Perhatian & Makanan Percuma

Individu Menyamar Pakai Baju Askar, Dipercayai Ingin Perhatian & Makanan Percuma

Tindakan suspek yang menyamar dengan berpakaian seperi anggota tentera itu berjaya dikesan oleh askar sebenar kerana menyedari tatacara pemakaiannya yang salah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sejak kebelakangan ini, pelbagai perangai pelik yang dilakukan oleh masyarakat dengan niat tertentu.

Sehinggakan ada yang sanggup menyamar dengan memakai pakaian berlainan jantina untuk membolehkan mereka melakukan perbuatan tidak sepatutnya kepada golongan wanita seperti mengintip atau menghendap.

Namun wujud juga segelintir individu yang dikatakan berbuat demikian kerana mahukan perhatian.

Baca Artikel Berkaitan: “Mesti Trauma” – Wanita Diekori Lelaki Menyamar Pakai Purdah Dari Tandas Hingga Ke Surau


Lelaki Menyamar Sebagai Anggota Tentera Telah Ditahan Oleh Pihak Polis

Memetik laporan Sinar Harian, seorang lelaki berusia 20 tahun telah bertindak menyamar sebagai anggota tentera di sebuah hospital dengan memakai pakaian seragam bercorak seperti askar.

Aksi individu itu berjaya dikesan oleh seorang anggota tentera selepas melihat tatacara pemakaian seragam berkenaan yang tidak tepat.

Menyedari perkara tersebut, anggota tentera itu menghampiri suspek dan meminta kad pengenalan tentera. Walau bagaimanapun, lelaki berkenaan gagal menunaikan permintaan dan hanya menunjukkan kad pengenalan dirinya.

Susulan itu, suspek telah ditahan oleh pihak polis selepas tindakannya yang menyamar sebagai tentera dilaporkan oleh anggota tentera berusia 36 tahun itu.

Sumber: Sinar Harian

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad menjelaskan beberapa barangan milik suspek juga telah dirampas.

Tangkapan semula telah dibuat ke atas lelaki itu dan beberapa barang kes dirampas termasuk sepasang baju uniform celoreng digital warna hijau, sepasang kasut taktikal hitam, sehelai kemeja-T dan tali pinggang kancas hitam berkepala besi.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad.

Suspek Berpakaian Askar Mahu Dapatkan Makanan Percuma

Jelas beliau lagi, siasatan awal mendapati tujuan suspek berbuat sedemikian adalah kerana mahu menarik perhatian orang ramai serta mahu mendapatkan makanan percuma.

Malah, suspek juga menyatakan minatnya untuk menjadi seorang anggota tentera.

Suspek memaklumkan bahawa pakaian seragam tentera itu dibeli di sebuah kedai pakaian di Tambun.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad.

Berikutan itu, kes berkenaan telah disiasat mengikut Seksyen 140 Kanun Keseksaan kerana memakai pakaian askar.


3 Lelaki Menyamar Jadi Anggota Polis

Terdahulu, pernah wujud kes di mana tiga orang suspek lelaki didakwa menyamar sebagai pasukan polis dan selepas berpura-pura menaiki kereta anggota polis.

Kereta itu kemudian mula membuka lampu mata arah biru (beacon light) dan menuju ke sebelah kereta mangsa.

Mangsa yang dikenali sebagai Grace itu berkata lampu isyarat biru yang dipasang juga kelihatan seperti dilekatkan sendiri pada bumbung kereta.

Malah, mangsa juga mendakwa penumpang di sebelah pemandu dilihat memegang lampu tersebut supaya tidak terjatuh.

Sumber: Facebook Freeman Gan WT

Kejadian itu dilaporkan berlaku kira-kira jam 5:40 pagi pada 5 Jun 2023 ketika mangsa sedang dalam perjalanan dari Singapura ke Genting Highlands.

Pada masa yang sama, wanita berkenaan juga menghubungi talian 999 dan melaporkannya kepada pihak polis sebelum dinasihatkan untuk tidak berhenti serta segera ke balai polis berhampiran masih diekori.

Baca Artikel Berkaitan: Cubaan Menyamar Sebagai Polis & Tahan Kereta Di Highway PLUS, PDRM Buru 3 Lelaki


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd