Now Reading
PLKN 3.0 Bakal Bermula Jun 2025, Kem Untuk Lelaki & Wanita Diasingkan

PLKN 3.0 Bakal Bermula Jun 2025, Kem Untuk Lelaki & Wanita Diasingkan

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menjelaskan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 akan akan dibahagikan kepada Fasa Pra PLKN dan Fasa PLKN.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pada tahun lalu, Kementerian Pertahanan Malaysia tampil membuat pengumuman bahawa Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 akan diperkenalkan semula.

PLKN 3.0 itu akan menggunakan kaedah baru iaitu dengan menjalani latihan kem tentera Wataniah selama 45 hari melibatkan 4,000 peserta.

Sebanyak 13 kem tentera akan digunakan bagi melatih peserta yang terlibat sebagai langkah untuk menjimatkan perbelanjaan kerajaan selain membolehkan mereka mendapat situasi sebenar ketenteraan dan kepolisan.

Baca Artikel Berkaitan: PLKN 3.0 Bakal Diperkenalkan Semula, Kali Ini Latihan Di Kem Tentera – Tok Mat


PLKN 3.0 Akan Bermula Pada Jun Tahun Hadapan

Memetik laporan Sinar Harian, PLKN 3.0 ini akan dilaksanakan secara berperingkat mulai awal Jun 2025.

Menurut Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, program berkenaan akan diterapkan dengan konsep serta format baharu. Jelas beliau lagi, PLKN 3.0 ini akan dibahagikan kepada dua fasa iaitu Fasa Pra PLKN dan Fasa PLKN.

Fasa Pra PLKN akan dilaksanakan di sekolah semasa kegiatan kokurikulum melibatkan pelajar tingkatan empat manakala Fasa PLKN pula akan melibatkan remaja berusia 17 tahun dan ke atas.

Sumber: PLKN

Modul Melibatkan Fasa PLKN Asas

Fasa PLKN Asas akan menerapkan 30% modul asas kenegaraan manakala 70% adalah latihan ketenteraan.

“Pelatih PLKN juga diberi peluang menjalani latihan lanjutan (Fasa Latihan Lanjutan) mengikut bidang mereka minati. Modul bagi setiap latihan, khusus dibangunkan untuk anggota angkatan tetap, angkatan simpanan dan sukarelawan. Latihan itu berbentuk intensif, lapangan dan praktikal,” katanya.

Bagi modul asas kenegaraan, ia dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi dengan melibatkan tiga perkara iaitu:

  • Modul Kenegaraan Elemen Jati Diri
  • Modul Kenegaraan Elemen Cinta Negara
  • Modul Kenegaraan Elemen Perpaduan

Modul Asas Ketenteraan pula dikendalikan oleh Kementerian Pertahanan di mana mereka akan menerapkan konsep pembelajaran melalui pengalaman dan latihan berkumpulan.

Pelatih PLKN juga akan diajar untuk membudayakan kehidupan seperti seorang tentera. Sebagai contohnya melibatkan kemahiran untuk menepati waktu, berdisiplin, tersusun dan boleh berdikari.

Sumber: PLKN

Kem Untuk Lelaki Dan Wanita Akan Diasingkan

Mohamed Khaled turut menjelaskan bahawa terdapat cadangan untuk mengasingkan kem bagi golongan lelaki dan wanita. Susulan itu, setiap kem akan dihadkan kepada satu jantina sahaja.

“Memang ada cadangan supaya tidak bercampur (jantina bagi satu kem), jadi satu kem kita akan hadkan kepada satu jantina sahaja,” katanya.

Jelas beliau lagi, projek rintis di dua kem wataniah daripada 13 kem akan melibatkan 1,000 orang peserta.

“Bagi Kementerian Pertahanan, kita akan mulakan projek rintis di dua kem wataniah daripada 13 kem yang kita ada dan ia melibatkan penyertaan 1,000 peserta,” katanya.


Peserta PLKN 3.0 Hanya Dipilih Dalam Kalangan Individu Lahir Tahun 2007 Dan Ke Atas

Terdahulu, tular dakwaan bahawa pihak Kementerian Pertahanan Malaysia akan memilih peserta dalam kalangan individu dewasa sehingga berusia 35 tahun.

Susulan itu, Kementerian Pertahanan Malaysia mengeluarkan satu kenyataan dengan menjelaskan bahawa peserta PLKN 3.0 akan dipilih mengikut tahun kelahiran.

Had umur 35 tahun seperti yang tular itu pula sebenarnya dikaitkan dengan tempoh jika seseorang peserta itu terpaksa menangguhkan latihan sekiranya mempunyai urusan penting.

Baca Artikel Berkaitan: Peserta PLKN 3.0 Hanya Dipilih Dari Individu Lahir Tahun 2007 Ke Atas Sahaja – Kementerian Pertahanan

Baca Artikel Berkaitan: Tular PLKN 3.0 Bakal Ambil Peserta Umur 16 Hingga 35 Tahun, Netizen Beri Pelbagai Reaksi

Baca Artikel Berkaitan: Pernah Sertai PLKN, Alif Satar Beri Semangat Buat Individu Terpilih Untuk Daftar PLKN 3.0


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd