Now Reading
Lelaki Ditahan Polis Gara-gara Bawa Lari SUV Di Parkir Valet Suria KLCC

Lelaki Ditahan Polis Gara-gara Bawa Lari SUV Di Parkir Valet Suria KLCC

Pemilik kenderaan utiliti sukan (SUV) dikenali sebagai Zach Khai Shin terkejut apabila mendapati kereta miliknya hilang selepas masuk ke dalam pusat beli-belah selama 30 minit.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kes kecurian melibatkan kenderaan di kawasan terbuka dilihat semakin menjadi-jadi. Seperti satu kejadian sebelum ini, seorang lelaki telah bertindak membawa lari sebuah kenderaan jenis Honda City berwarna merah di stesen minyak sekitar Semambu, Kuantan, Pahang.

Perkara yang mengundang kerisauan adalah apabila ibu kepada pemilik kereta masih berada di tempat duduk penumpang ketika kereta berkenaan dibawa lari si penjenayah.

Wanita warga emas dikenali sebagai Napisah Muhammad mengucapkan rasa syukur kerana dia tidak mengalami sebarang kecederan setelah dilepaskan oleh penjenayah kira-kira 400 meter dari stesen minyak.

Baca Artikel Berkaitan: “Dia Jerit Suruh Diam” – Warga Emas Dedah Detik Cemas Ketika Kereta Honda City Milik Anak Dilarikan Di Stesen Minyak


Kereta SUV Hilang Selepas Ditinggalkan Di Parkir Valet

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Facebook apabila seorang pemilik sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dikenali sebagai Zach Khai Shin mengadu keretanya hilang apabila ditinggalkan di perkhidmatan parkir valet Suria KLCC.

Difahamkan, Zach menggunakan perkhidmatan valet bagi mengelakkan kesukaran mencari tempat letak kereta. Selepas menyerahkan kunci kepada kakitangan valet, dia telah masuk ke dalam pusat beli-belah berkenaan selama 30 minit.

Namun apabila dia kembali ke kereta, staf memaklumkan bahawa SUV itu telah hilang.


SUV Dibawa Lari Selepas Ditinggalkan 10 Minit Di Bahu Jalan

Insiden ini kemudian dilaporkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut. Sisatan polis mendapati seorang lelaki tempatan melarikan SUV terbabit selepas kenderaan itu ditinggalkan kira-kira 10 minit di bahu jalan oleh penjaga valet.

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya, kejadian berlaku selepas pemilik kereta berusia 31 tahun menyerahkan kenderaan berkenaan kepada penjaga valet jam 12.48 tengah hari.

“Siasatan mendapati penjaga valet meletakkan kereta berkenaan di kawasan parkir valet sebelum mengalihkan kereta itu sementara di tepi laluan keluar di jalan utama.

“Lebih kurang 10 minit kemudian semasa hendak mengalihkan semula kereta berkenaan didapati SUV itu sudah tiada dipercayai dicuri namun kunci kereta berada pada valet berkenaan,” jelasnya kepada Harian Metro.


Suspek Ada 2 Rekod Kesalahan Dadah

Sejurus mendapat laporan mengenai kejadian tersebut, Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat hebahan berhubung kecurian berkenaan kepada semua pihak di lapangan bagi mengesan SUV terbabit.

Kereta yang dicuri kemudiannya berjaya dikesan sekitar USJ 1 di Subang Jaya, Selangor sebelum ditahan anggota kenderaan peronda polis (MPV) kira-kira jam 2.35 petang kelmarin (7 Jun).

“Suspek berusia 58 tahun berada dalam kenderaan berkenaan dalam keadaan mencurigakan dan enggan bekerja sama malah cuba melarikan diri namun berjaya diberkas.

“Permohonan reman akan dibuat ke atas suspek yang mempunyai dua rekod kesalahan dadah bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan,” ujarnya.


Suria KLCC Akan Tingkatkan SOP Parkir Valet

Sementara itu, Suria KLCC juga ambil maklum tentang perkara yang sudah berlaku. Kata pihak mereka, insiden sebegitu tidak pernah berlaku sebelum ini.

“Kami komited untuk menyemak dan mengukuhkan lagi penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) pengendali parkir valet untuk mengelakkan insiden pada masa depan.

“Keselamatan pelanggan kami tetap menjadi keutamaan,” tambah kenyataan tersebut.

Baca Artikel Berkaitan: Tak Sampai Beberapa Saat! Kereta Honda City Dibawa Lari Ketika Berhenti Di Stesen Minyak Semambu, Kuantan [Video]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd