Now Reading
Takut Tinggal Seorang Di Rumah, Pelajar IPT Kena Tangkap Khalwat

Takut Tinggal Seorang Di Rumah, Pelajar IPT Kena Tangkap Khalwat

Hasil siasatan mendapati pelajar berkenaan telah tinggal di rumah berkenaan lebih seminggu lalu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Beri alasan kononnya takut tinggal sendirian di rumah, dua pelajar institusi pengajian tinggi dicekup kerana bersekedudukan di sebuah pangsapuri sekitar Meru Raya, Ipoh, Perak pada 1 Julai lepas.

Alasan tersebut diberikan oleh seorang pelajar wanita kerana rakan serumah telah pulang ke kediaman masing-masing.

Pelajar ditangkap bersekedudukan, tinggal di rumah sama lebih seminggu

Serbuan itu dijalankan oleh sepasukan anggota Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) kira-kira jam 11.30 pagi selepas menerima maklumat awam.

Susulan daripada serbuan itu JAIPk telah menahan pelajar berusia 22 tahun bersama pasangannya yang berusia 20 tahun.

Menurut Pengarah JAIPk, Harith Fadzilah Abdul Halim siasatan yang dilakukan mendapati kedua mereka telah tinggal bersama di rumah terbabit lebih seminggu yang lalu.

Bagi alasan takut tinggal sorang

“Wanita memberi alasan bahawa dia tinggal berseorangan kerana rakan serumahnya pulang ke kampung.

“Bimbang keselamatan diri, dia menumpang di rumah sewa pasangannya kerana kebetulan rakan lelaki tersebut juga balik bercuti,” ujarnya, dipetik Sinar Harian.

Sudah dibebaskan dengan bon jaminan dari penguat kuasa

Jelas beliau lagi, dua pelajar tersebut sudah dibawa ke Pejabat Penguat kuasa JAIPk untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 54(1) dan (2) Enakmen Jenayah (Syariah) 1992.

Mereka bagaimanapun sudah dibebaskan dengan bon jaminan daripada pihak penguat kuasa.

“Pasangan remaja dinasihatkan agar menjaga tingkah laku dan batas pergaulan.

“Masyarakat setempat juga diharap dapat memainkan peranan serta membudayakan amar makruf nahi mungkar dalam mengekang pelakuan maksiat dalam kalangan umat Islam.”


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd