Now Reading
Murid Perempuan Ditampar ‘Senior’ Dipercayai Gara-gara Cemburu Rapat Dengan Teman Lelaki

Murid Perempuan Ditampar ‘Senior’ Dipercayai Gara-gara Cemburu Rapat Dengan Teman Lelaki

Difahamkan, kejadian berlaku di tandas sebuah sekolah menengah sekitar daerah Kerian, Perak.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kes buli melibatkan murid sekolah dilihat semakin membimbangkan. Terdahulu, seorang ketua kelas telah ditendang kepalanya selepas menegur rakan sekelas yang menyebarkan video lucah dalam kumpulan WhatsApp sekolah.

Baca Artikel Berkaitan: Tegur Rakan Sebar Video Lucah, Ketua Kelas Lumpuh Ditendang Di Kepala

Perbuatan buli bukan sahaja melibatkan fizikal, tetapi juga secara lisan yang boleh mengganggu emosi seseorang.

Seperti sebelum ini, seorang influencer dikenali sebagai Norreen terkejut selepas anak perempuannya mengadu diejek dengan gelaran ‘gemuk’ oleh rakan sebaya yang lain.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Luluh Hati Seorang Ibu” – Influencer Terkilan Anak Luah Pernah Kena Ejek Di Sekolah


Murid Ditampar Oleh 2 Pelajar Perempuan Di Tandas Sekolah

Perbuatan buli yang menjadi kerisauan golongan ibu bapa sekali lagi berlaku. Baru-baru ini, tular satu hantaran di media sosial menyaksikan beberapa murid perempuan sedang membuli pelajar di dalam tandas.

Menerusi video tersebut, kelihatan dua orang murid sedang mengusap kepala murid perempuan tersebut sebelum menamparnya.

Ambil maklum mengenai klip yang tular, Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini sedang menyiasat kes buli melibatkan pelajar perempuan berusia 13 tahun yang dibuli bersama dua pelajar senior.

Difahamkan, kejadian berlaku di sebuah sekolah menengah sekitar daerah Kerian, Perak.

Sumber: X (@MALAYSIAVIRALLL)

Rapat Dengan Teman Lelaki Disyaki Punca Kejadian

Menurut Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, siasatan mendapati kejadian berlaku pada 14 Jun kira-kira jam 10.30 pagi di mana mangsa dibuli oleh dua pelajar perempuan berumur 15 tahun.

“Dalam kejadian ini salah seorang suspek telah membawa mangsa ke dalam tandas sekolah berkenaan dan setibanya mangsa di dalam tandas, suspek bersama seorang lagi pelajar perempuan telah menampar mangsa berulang kali dan merakam video kejadian tersebut.

“Kejadian dipercayai berpunca dari sikap cemburu suspek kepada mangsa yang dikatakan rapat dengan teman lelakinya yang juga berusia 15 tahun dan bersekolah di sekolah menengah sama,” kata beliau dalam satu kenyataan.


Orang Ramai Diminta Untuk Tidak Buat Sebarang Spekulasi

Susulan itu, satu laporan polis telah dibuat oleh mangsa semalam (25 Jun) dan kes kini disiasat bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Mengulas lanjut, orang ramai diminta supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengeruhkan lagi keadaan.

Orang ramai juga boleh menghubungi balai polis terdekat atau bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian di talian 05-7212222 sekiranya mempunyai maklumat lanjut.


Orang Ramai Risau Dengan Kes Buli Yang Semakin Berleluasa

Menjengah ke laman X, orang ramai dilihat memberi pelbagai komen tentang insiden itu. Ada juga ibu bapa yang meluahkan rasa bimbang tentang keadaan anak-anak di sekolah.

“Risau anak makin besar ni. Semoga dijauhkan kena macam ni dan semoga anak dijauhkan dari sifat membuli. Janganlah terikut perangai kawan yang pelik-pelik ni,” kata seorang ibu.

Malah segelintir individu berpendapat bahawa kes buli dalam kalangan pelajar sekolah sudah menjadi satu norma sejak dulu lagi.

“Buli adalah satu perkara yang biasa. Cuma kami tiada telefon pintar untuk merakam (perbuatan buli) pada waktu dulu,” ujar seorang wanita.

Sumber: X (@MALAYSIAVIRALLL)

3 Saluran Untuk Buat Aduan Tentang Kes Buli

Kepada orang ramai yang mempunyai maklumat atau tahu tentang sebarang gejala buli, anda boleh membuat aduan kepada tiga saluran utama yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Berikut adalah tiga saluran khas tersebut:

Baca Artikel Berkaitan: KPM Tambah Warden Asrama Bagi Elak Kes Buli


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd