Now Reading
Kes Lapah Kucing: Persatuan Haiwan Malaysia Tawar Ganjaran RM3,000 Jika Dapat Jejak Pelaku

Kes Lapah Kucing: Persatuan Haiwan Malaysia Tawar Ganjaran RM3,000 Jika Dapat Jejak Pelaku

Menurut sumber diterima oleh Persatuan Haiwan Malaysia, individu dipercayai seorang warga asing dan bekerja sekitar Pasar Borong, Klang.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bersikap ihsan kepada haiwan adalah dituntut dalam agama Islam. Hal ini kerana ia juga merupakan makhluk yang dicipta oleh Allah SWT sama seperti manusia dan juga tumbuhan.

Namun masih ramai di kalangan masyarakat yang bersikap jahil terhadap kucing walaupun ia merupakan haiwan peliharaan seseorang.

Seperti sebelum ini, seekor kucing peliharaan telah disimbah dengan minyak masak oleh jiran berdekatan rumah. Pemilik beranggapan bahawa kucingnya telah disimbah dengan minyak menggoreng ikan.

Baca Artikel Berkaitan: Kucing Peliharaan Disimbah Minyak Panas Dengan Jiran Sehingga Luka


MAA Tawar RM3,000 Jika Dapat Jejak Individu Lapah Kucing

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Facebook Persatuan Haiwan Malaysia (MAA) menyaksikan tangkap layar dari sebuah video di mana seorang individu sedang menunjukkan cara melapah seekor kucing.

Lelaki yang sedang melapah kucing itu dipercayai berbangsa Myanmar dan berkomunikasi dalam bahasa Melayu dengan pelat warga asing.

Menurut sumber diterima pihaknya, individu tersebut disyaki seorang pekerja kedai makanan ringan di depan Pasar Borong Klang, Selangor dan tinggal berdekatan Batu Belah, Klang.

Sumber: Facebook Persatuan Haiwan Malaysia

Persatuan Haiwan Malaysia Gesa Orang Ramai Salurkan Maklumat Jika Ada

Bagi membuat satu laporan rasmi kepada pihak berkuasa, Persatuan Haiwan Malaysia memerlukan maklumat lengkap bagi mengetengahkan isu terbabit.

Buat mereka yang mempunyai maklumat lanjut, anda diminta untuk menyalurkannya di talian WhatsApp: 014-6345464.

“Satu siasatan menyeluruh mengenai pembunuhan kucing ini perlu dilakukan untuk mengenal pasti kaedah mematikan kucing dan niat mematikan kucing sama ada ia bertujuan untuk dijadikan makanan atau bertujuan suka-suka.

“Jika siasatan mendapati kucing sengaja dibunuh dan untuk tujuan konten media sosial. Pelaku perlu ditangkap, disiasat secara menyeluruh, seterusnya dihadapkan ke muka pengadilan.

“Secara moral juga tindakan mematikan kucing untuk tujuan makanan bukanlah satu budaya normal di kalangan masyarakat Malaysia dan ia tidak boleh dinormalisasikan,” menurut hantaran tertera.


Orang Ramai Harap Kes Lapah Kucing Dapat Dibanteras

Menjengah ke ruangan komen, orang ramai berharap agar individu tersebut dapat dikesan bagi mengelakkan perkara sama berulang lagi.

“Ni kalau tak banteras awal-awal memang semakin menjadi lepas ni. Orang yang bela ular sawa tu bagi anak kucing sebagai makanan pun patut kena tangkap. Makin berleluasa sekarang!” tegas seorang individu.

Malah, ada juga berkata perbuatan melapah kucing yang dibenarkan di sesetengah negara luar tidak tidak sepatutnya dibenarkan dalam Malaysia.

“Dekat negara asal (individu terlibat) mungkin kucing tu jadi makanan mereka. Lepas itu perangai ni bawa ke Malaysia pula. Kau salah tempat la manusia,” ujar seorang wanita.

Sementara itu, ada individu berharap agar kucing-kucing terbiar yang berada sekitar Pasar Borong Klang selamat memandangkan banyak haiwan tersebut di sana.

“Ya Allah dekat Pasar Borong Klang tu memang berlambak kucing. Ni mesti syait*n tu ambil dekat pasar memandangkan dia kerja di situ. Selamatkanlah semua kucing-kucing di sana,” kata seorang pengguna Facebook.

Sumber: Facebook Persatuan Haiwan Malaysia

Ada Ke Undang-undang Tidak Boleh Makan Daging Kucing Di Malaysia?

Persatuan Haiwan Malaysia menerusi perkongsian di Instagram sebelum ini berkata memakan daging kucing dan anjing bukan jenayah memandangkan tiada satu pun peruntukan undang-undang mentakrifkan perbuatan tersebut boleh ditangkap, didakwa dan dijatuhi hukuman penjara serta didenda.

Cuma apa yang boleh dipertikaikan ialah cara mematikan haiwan kucing dan anjing jika ia dibunuh secara ‘inhumane’ sama ada cara sembelihan yang betul sebagaimana haiwan ternakan lain atau mematikan kucing dan anjing seperti mematikan ternakan babi.

Persatuan Haiwan Malaysia.
Sumber: Pexels

Kaedah mematikan sama ada dengan pemukulan, hentakan, bakar hidup-hidup atau melemaskan kucing atau anjing untuk dimakan dagingnya adalah jenayah pembunuhan haiwan.

Presiden Persatuan Haiwan Malaysia Arie Dwi Andika berkata negara ini khususnya kawasan Semenanjung Malaysia yang menjadikan budaya memakan daging kucing dan anjing sebagai satu kesalahan dinilai dari segi moralnya. Hal ini kerana memakan haiwan tersebut bukan budaya rakyat tempatan.

Baca Artikel Berkaitan: Warga Emas Didakwa Tembak Kucing Milik Jiran Sehingga Mati

Baca Artikel Berkaitan: Jiran Selamba Langgar Kucing Orang Lain Di Tengah Jalan Sehingga Cedera


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd