Now Reading
Kota Bharu Catat Kes Judi Online Paling Banyak Di Kelantan Pada 2023

Kota Bharu Catat Kes Judi Online Paling Banyak Di Kelantan Pada 2023

Sebanyak 37 kertas siasatan kes judi telah dibuka melibatkan daerah Kota Bharu, Kelantan sepanjang tahun 2023 dan 27 daripadanya telah berdepan pendakwaan di mahkamah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kes melibatkan jenayah judi di Malaysia semakin membimbangkan selepas ramai kumpulan yang ditangkap oleh pihak polis.

Jenayah ini semakin tersebar luas selepas wujudnya pelbagai platform atas talian yang membolehkan orang ramai menyertai judi di hujung jari sahaja.

Berkemungkinan syarikat yang terlibat juga telah menawarkan ‘janji manis’ dan cuba untuk menarik ramai pihak terlibat dalam aktiviti negatif tersebut.


Kota Bharu Jadi Lubuk Judi Online Di Kelantan Pada 2023

Baru-baru ini, Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun mendedahkan bahawa daerah Kota Bharu telah mencatatkan kes judi atas talian yang paling banyak di negeri berkenaan.

Memetik laporan Sinar Harian, sebanyak 37 kertas siasatan telah dibuka sepanjang tahun 2023 dan 27 daripadanya telah berdepan pendakwaan di mahkamah.

Jelas beliau lagi, beberapa daerah di Kelantan juga merekodkan penangkapan kes judi atas talian seperti di:

  • Pasir Mas (27 kes)
  • Tanah Merah (24 kes)
  • Machang (23 kes)
  • Tumpat (17 kes)
  • Jeli (10 kes)
  • Pasir Puteh (9 kes)
  • Bachok (9 kes)
  • Gua Musang (5 kes)
  • Kuala Krai (2 kes)

Tambah beliau lagi, kegiatan judi yang direkodkan dari Januari tahun ini sehingga semalam (23 Jun) adalah sebanyak 48 kes yang sudah dituduh di mahkamah.

Muhammad Zaki memaklumkan kesemua kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 4 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun. (Sumber: Sinar Harian)

Premis Judi Di Kelantan Berselindung Di Sebalik Kedai Aksesori Telefon

Memetik Berita Harian, masyarakat di sekitar Kota Bharu juga telah menggesa pihak polis untuk melakukan risikan selepas mendakwa beberapa aktiviti perjudian telah berselindung di sebalik kedai aksesori telefon.

Kami tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu berhubung premis judi dalam talian yang semakin banyak di Kelantan. Kita mendapati kebanyakan premis ini berselindung di sebalik kedai aksesori telefon dan tujuan laporan polis dibuat supaya tindakan tegas diambil terhadap premis berkenaan.

Wakil penduduk.

Susulan itu, Muhamad Zaki menjelaskan pihak mereka mengambil maklum mengenai perkara tersebut dan akan melakukan siasatan terhadap dakwaan itu.

Sumber: Berita Harian

Kesalahan Judi Dalam Undang-undang Jenayah Syariah Wilayah-wilayah Persekutuan

Di bawah Akta 559 Undang-undang Jenayah Syariah Seksyen 18, berikut adalah beberapa kesalahan yang tertakluk:

  • Mana-mana orang yang berjudi atau didapati berada di rumah judi, mereka dianggap melakukan suatu kesalahan. Jika disabitkan kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
  • Dalam seksyen ini, ‘rumah judi’ membawa erti mana-mana premis termasuk bilik, pejabat atau gerai, sama ada terbuka atau tertutup, yang digunakan atau disimpan bagi sebarang permainan di mana keputusannya bergantung kepada nasib.

Hukum Judi Dalam Islam

Judi dalam bahasa Arab dikenali sebagai al-maisir atau al-qimar yang bermaksud permainan pertaruhan golongan Arab dengan menggunakan anak panah.

Permainan judi juga ditakrifkan sebagai permainan dengan anak batu, atau dengan dadu atau segala jenis pertaruhan.

Di dalam al-Mu’jam al-Wasith, judi disebut sebagai setiap permainan yang mengandungi pertaruhan dari kedua belah pihak. 

Sumber: Bangkapos

Pengharaman judi dalam al-Quran adalah berlaku secara berperingkat. Pada awalnya, ayat 219 dari surah al-Baqarah menyebut:

يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ ۖ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَا أَكْبَرُ مِن نَّفْعِهِمَا

Maksudnya: Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: ‘Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya. [Surah al-Baqarah (219)]

Imam Ibn Jarir al-Tabari menyebut bahawa meskipun terdapat manfaat daripada keduanya (iaitu arak dan judi) namun dosa keduanya adalah lebih besar dari manfaatnya.

Pada peringkat seterusnya, turun ayat 90 dari Surah al-Ma’idah yang menyebut:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنْصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. [Surah al-Maidah: 90]

Aktiviti berjudi ini boleh mendatangkan akibat yang merugikan seperti:

  • Lalai daripada tanggungjawab
  • Sering kehabisan wang
  • Dibebani hutang
  • Mudah terjebak dengan jenayah
  • Meruntuhkan institusi kekeluargaan
  • Menjadi punca perpecahan dalam masyarakat

Baca Artikel Berkaitan: Syarikat Judi Terima Kecaman Lepas Selamba Buat Iklan Sempena Aidilfitri

Baca Artikel Berkaitan: Mufti Jelaskan Hukum Orang Islam Sertai Permainan Kutu Emas


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd