Bas Ekspres Terbabas Masuk Gaung, 6 Penumpang Cedera Di Lahad Datu
Kesemua mangsa yang mengalami kecederaan dalam kemalangan bas yang terbabas ke dalam gaung di Lahad Datu itu dihantar ke Hospital Lahad Datu.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Kemalangan melibatkan bas ekspres sering kali dilaporkan berlaku terutamanya di kawasan lebuh raya. Lebih membimbangkan lagi apabila ia mengakibatkan kecederaan penumpang dan boleh meragut nyawa seseorang.
Antara kemalangan melibatkan bas persiaran yang pernah berlaku di dalam negara adalah melibatkan bas ekspres di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) yang menghala dari kawasan Ajil menghala ke Bukit Besi.
Kemalangan yang berlaku di Kilometer 375 lebuh raya berkenaan telah mengakibatkan seorang mangsa maut, sembilan cedera dan 21 lagi penumpang lain berada dalam keadaan selamat.
Baca Artikel Berkaitan: Seorang Maut & 9 Cedera Selepas Bas Persiaran Terbabas Di Lebuh Raya Pantai Timur 2
Bas Ekspres Jatuh Ke Dalam Gaung Di Lahad Datu
Malang tidak berbau apabila satu kemalangan tidak diingini dilaporkan berlaku di Lahad Datu, Sabah selepas sebuah bas ekspres mengalami kemalangan sehingga terbabas memasuki gaung sedalam 50 meter.
Kemalangan tersebut yang berlaku di Batu 9, Jalan Silam pada malam semalam (20 Jun) mengakibatkan enam penumpang termasuk penumpang mengalami kecederaan

Pegawai Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penolong Penguasa Bomba, Riki Mohan Singh Ramday memaklumkan pihak mereka telah menerima panggilan berhubung kejadian sekitar 9:24 malam.
Tujuh anggota dan pegawai bergerak ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 23 kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu.
Pegawai Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penolong Penguasa Bomba, Riki Mohan Singh Ramday.
Memetik laporan Berita Harian, kemalangan tersebut dipercayai berlaku disebabkan oleh pemandu hilang kawalan ketika berada dalam perjalanan dari Semporna ke Kota Kinabalu.
Mangsa Dibawa Ke Hospital Berhampiran Untuk Mendapatkan Rawatan
Sewaktu tiba di lokasi kejadian, seramai 13 orang penumpang termasuk dua pelancong asing telah bergerak keluar sendiri daripada bas terbabit.
Menurut Riki, enam mangsa yang cedera termasuklah pemandu telah berjaya dikeluarkan oleh pihak bomba.

Kesemua mangsa kemudiannya telah dibawa ke Hospital Lahad Datu untuk menerima rawatan selanjutnya.
Baca Artikel Berkaitan: Seorang Maut & 9 Cedera Selepas Bas Persiaran Terbabas Di Lebuh Raya Pantai Timur 2
Baca Artikel Berkaitan: Bas Bergoyang-Goyang Ketika Lalu Jalan Raya Berlubang Undang Perhatian Ramai [Video]
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.