Now Reading
Malaysia Catat Negara Ke-9 Tertinggi Di Asia Tenggara Dengan Kadar 52% Tenaga Kerja Adalah Wanita

Malaysia Catat Negara Ke-9 Tertinggi Di Asia Tenggara Dengan Kadar 52% Tenaga Kerja Adalah Wanita

Jika dibandingkan dengan negara-negara di seluruh dunia, Malaysia berada pada tangga ke-107 bagi kadar peratus tenaga kerja buruh wanita.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Zaman sekarang ini, lelaki atau wanita kedua-duanya berusaha untuk menjana pendapatan berikutan faktor ekonomi yang semakin meruncing.

Dalam apa sahaja sektor pekerjaan, pasti akan ada juga tenaga kerja wanita meskipun ia melibatkan kerja-kerja berat dan agak sukar.

Selain kerja hakiki, separuh daripada pekerja berpengetahuan di Malaysia juga memiliki sumber pendapatan yang kedua untuk menyara kehidupan.

Baca Artikel Berkaitan: Kos Sara Hidup Naik, Majoriti Rakyat Malaysia Pilih Buat ‘Side Income’


Kadar Tenaga Kerja Wanita Di Malaysia Yang Ke-9 Tertinggi Asia Tenggara

Menurut data daripada Organisasi Buruh Antarabangsa pada tahun 2023, Malaysia tersenarai sebagai negara ke-9 dengan kadar 52% tenaga kerja adalah wanita yang berusia dalam lingkungan 15 tahun ke atas.

Sumber: Pexels

Jika dibandingkan dengan negara-negara di seluruh dunia, Malaysia berada pada tangga ke-107 bagi kategori sama.

Negara yang memiliki kadar tenaga kerja wanita paling ramai di Asia Tenggara adalah Kemboja iaitu seramai 70% dan diikuti dengan Vietnam (69%) dan Singapura (62%).

Myanmar mencatatkan kadar penyertaan tenaga kerja wanita yang paling rendah di Asia Tenggara iaitu pada 42% dan menduduki tempat ke-147 di seluruh dunia.

Untuk senarai kedudukan penuh bagi Asia Tenggara adalah seperti berikut:

  1. Kemboja (70%)
  2. Vietnam (69%)
  3. Singapura (62%)
  4. Timor-Leste (61%)
  5. Thailand (59%)
  6. Laos (56%)
  7. Brunei (55%)
  8. Indonesia (53%)
  9. Malaysia (52%)
  10. Filipina (47%)
  11. Myanmar (42%)

Malaysia Negara ke-4 Miliki Gaji Tertinggi Di Asia Tenggara

Memetik laporan Business Today, purata gaji di Malaysia dikatakan antara yang tertinggi di Asia Tenggara selepas menduduki tangga ke-4 berbanding 11 negara lain sebagai penempatan yang memiliki gaji paling lumayan pada tahun 2023.

Kajian yang dilakukan mendedahkan bahawa purata gaji di Malaysia adalah sekitar RM6,160 (USD1,414) dengan faktor pelbagai peluang pekerjaan dari sektor berbeza untuk penduduk di negara ini.

Sumber: Pexels

Tiga negara lain yang berjaya mengatasi Malaysia adalah Singapura, Thailand dan Brunei.

Purata gaji yang paling tinggi di Asia Tenggara adalah Singapura iaitu RM29,631.48 (USD6,329) di mana purata ini turut mengatasi nilai purata gaji dunia.

Senarai penuh tentang kedudukan negara dan purata gaji mereka adalah seperti berikut:

  1. Singapura (RM29,631.48)
  2. Thailand (RM12,792.93)
  3. Brunei (RM11,309)
  4. Malaysia (RM6,160)
  5. Filipina (RM3,782.97)
  6. Indonesia (RM3,593.28)
  7. Vietnam (RM3,371.06)
  8. Timor Leste (RM1,182)
  9. Kemboja (RM945.60)
  10. Myanmar (RM699.74)
  11. Laos (RM638.28)

Pekerja Malaysia Selesa Masuk Pejabat 3 Kali Seminggu

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik COVID-19 pada 2020, kebanyak syarikat telah memperkenalkan kerja dari rumah atau work-from-home (WFH).

Sehingga kini, sesetengah pekerja masih diberi pilihan untuk WFH atau hibrid di mana mereka boleh bekerja dari pejabat untuk tempoh beberapa hari dalam seminggu.

Sumber: Pexels

Tinjauan Workmonitor 2024 oleh agensi pengambilan pekerja, Randstad mendapati 86% pekerja di Malaysia memilih untuk hadir ke pejabat tiga hari seminggu.

Menurut Pengarah Negara Randstad Malaysia, Fahad Naeem, tinjauan membabitkan 517 pekerja di negara ini.

Dalam masa sama, 39% daripada responden dalam negara memilih untuk berhenti kerja jika diminta bekerja lebih lama di pejabat.

Baca Artikel Berkaitan: Malaysia Pada Tangga Ke-4 Untuk Gaji Tertinggi Di Asia Tenggara

Baca Artikel Berkaitan: Manulife Buka Peluang Tenaga Kerja Kepada Gen Z Menerusi Inisiatif Strategik


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd