Now Reading
Pemandu 30 Tahun Maut Selepas Rempuh Lembu Di Lebuhraya Plus

Pemandu 30 Tahun Maut Selepas Rempuh Lembu Di Lebuhraya Plus

Kejadian telah berlaku jam 4.55 pagi membabitkan seorang pemandu lelaki yang merupakan peniaga.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sebuah kejadian menyayat hati telah dilaporkan berlaku yang melibatkan seorang pemandu kereta meninggal dunia apabila kenderaan dipandunya melanggar seekor lembu.

Menurut laporan, pemandu kereta berkenaan pada ketika itu berada di lorong kanan di Kilometer 24.9 Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) dari arah Plaza Tol Jalan Duta menghala ke Sungai Buloh.

Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh memaklumkan bahawa kemalangan berlaku pada jam 4.55 pagi, 18 Jun, membabitkan seorang lelaki berusia 30 tahun.

Pihak polis menyatakan siasatan awal mendapati ketika memandu di lorong paling kanan lebuhraya tersebut, mangsa telah terlanggar seekor lembu yang pada ketika itu berada di lorong kanan lalu terbabas melanggar besi tengah pembahagi jalan.

“Pemandu yang berniaga sendiri mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di lokasi kejadian,” jelasnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Lembu ‘Aidiladha’ Terlepas Hingga Ke LDP, Langgar Myvi

Jika sebelum ini, kes seakan turut dilaporkan di mana dua ekor lembu yang dipercayai mahu dijadikan korban sempena Hari Raya Aidiladha telah terlepas sehingga ke Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP).

Dalam video berkenaan, ia dipercayai telah berkeliaran di jalan raya berhampiran sebuah pusat beli belah Paradigm Mall di Kelana Jaya. Malah, kedua-dua ekor lembu itu tanpa arah tujuan sambil tali bersangkut di bahagian belakang badan.

Kejadian tersebut juga telah mengakibatkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi berwarna merah telah dirempuh oleh salah satu lembu berkenaan sehingga menyebabkan pemandu terpaksa brek mengejut.

BACA SINI: [Video] Lembu Aidiladha Terlepas & Larikan Diri Ke LDP, Rempuh Myvi Di Tengah Jalan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd