Now Reading
“Jika Ditawar RM1 Juta, Dapat RM1 Juta” – SPRM Beri Ganjaran Jika Penjawat Awam Lapor Kes Rasuah

“Jika Ditawar RM1 Juta, Dapat RM1 Juta” – SPRM Beri Ganjaran Jika Penjawat Awam Lapor Kes Rasuah

Jumlah ganjaran tersebut akan diberikan sama seperti nilai suapan yang dihulurkan kerana telah membantu untuk membanteras aktiviti rasuah tersebut.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mentakrifkan rasuah sebagai penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah untuk seseorang kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi mereka.

Suapan rasuah ini terdiri dari pelbagai bentuk seperti:

  • Wang
  • Hadiah
  • Bonus
  • Undi
  • Perkhidmatan
  • Jawatan
  • Upah
  • Diskaun

Terdahulu, Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah bahawa amalan rasuah di Malaysia disifatkan pada tahap membahayakan.

Baginda menitahkan sedemikian berdasarkan berdasarkan teguran laporan Ketua Audit Negara secara berulang kali dan pelbagai penemuan dalam Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Baca Artikel Berkaitan: Amalan Rasuah Di Malaysia Berada Pada Skala Bahaya – Sultan Nazrin


Penjawat Awam Akan Diberi Ganjaran Jika Laporkan Kes Rasuah

Memetik laporan Kosmo, Ketua SPRM Tan Sri Azam Baki memaklumkan penjawat awam boleh menerima ganjaran sekiranya mereka melaporkan kes rasuah yang berlaku sehingga individu berkenaan membawa kepada sabitan.

Jelas beliau lagi, jumlah ganjaran tersebut akan diberikan sama seperti nilai suapan yang dihulurkan kerana telah membantu untuk membanteras aktiviti rasuah.

Sumber: MalayMail

“Ringgit untuk ringgit, jika anda ditawarkan RM100, kerajaan akan beri anda RM100. Jika anda ditawarkan RM1 juta, kerajaan akan kembalikan RM1 juta kepada anda,” katanya

Sehingga kini, seramai 514 penjawat awam sudah melaporkan kes rasuah dan diberikan ganjaran sehingga berjumlah melebihi RM1 juta antara 2012 sehingga 2023.

Azam menjelaskan terdapat tiga kategori yang akan tampil ke SPRM iaitu:

  • Pemberi maklumat yang dilindungi identiti
  • Pengadu sebenar
  • Whistleblower

Di bawah Strategi Pencegahan Rasuah Kebangsaan 2024-2028 yang baru diumumkan Mei lalu, skim sama boleh diperluaskan kepada masyarakat umum namun ia masih dalam peringkat cadangan.

“Perkara itu masih dalam cadangan, prosedur khusus dan optimum bersama agensi peneraju masih belum diputuskan. Itu di bawah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri (JPM).

“Pertama sekali, Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 perlu diperbaharui dan kami bersetuju, BHEUU kini sedang dalam proses meminda undang-undang,” katanya.

Jelas Azam, idea untuk memberikan ganjaran diharapkan dapat mengalakkan lebih ramai pihak tampil untuk membuat aduan terumanya kepada SPRM.

Gambar sekadar hiasan.

Kedudukan Malaysia Dalam Indeks Rasuah Dunia Meningkat

Memetik laporan Berita Harian, Presiden Transparency International-Malaysia (TI-M) Dr Muhammad Mohan memberitahu bahawa kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International meningkat sebanyak tiga mata kepada 50 dalam 2023 daripada 47 dalam 2022.

Antara faktor yang menyebabkan lonjakan tersebut adalah tindakan SPRM dan Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk mendakwa ahli politik berprofil tinggi.

“Satu daripada punca peningkatan dalam kedudukan CPI ialah kebebasan berterusan badan kehakiman di negara ini.

“Ia juga mungkin berpunca daripada perwakilan demokratik, penyertaan dan peralihan kuasa. Malaysia meningkat ke kedudukan ke-40 di peringkat global dalam Indeks Demokrasi oleh ‘Economic Intelligence Unit’ pada 2022, memperoleh skor 7.3 daripada 10,” kata Dr Muhammad.

Sumber: SPRM Malaysia/MalayMail

Beliau juga menasihatkan Malaysia supaya tidak terlalu selesa dengan kedudukan CPI perlu memastikan penambahbaikan dari tahun ke tahun bagi memenuhi kehendak Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyasarkan Malaysia menduduki tangga 25 teratas dunia dalam CPI pada 2033.

Baca Artikel Berkaitan: SPRM Dapat Kebenaran PM Siasat Kes Rasuah Melibatkan Menteri & Pegawai

Baca Artikel Berkaitan: [Pendapat] Lelaki Ini Bongkar Kesan Rasuah Kepada Pendidikan Khas

Baca Artikel Berkaitan: Skor Indeks Persepsi Rasuah Terus Jatuh, Malaysia Kini Di Tangga Ke 62 Dunia


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd