Now Reading
Kes Keracunan Makanan: JKN Selangor Kesan Bakteria Salmonella Dalam Sampel Najis

Kes Keracunan Makanan: JKN Selangor Kesan Bakteria Salmonella Dalam Sampel Najis

Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Selangor menjelaskan analisa bagi sampel makanan daripada kejadian keracunan makanan melibatkan bihun dan telur goreng masih belum selesai dilakukan

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Dalam perkembangan terbaharu mengenai kes keracunan makanan yang berlaku di Gombak, Selangor pada 10 Jun lalu, pihak Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Selangor telah mengesan bakteria Salmonella dalam sampel najis.

Walau bagaimanapun, keputusan bagi sampel-sampel lain yang dihantar ke Makmal Kesihatan Awam di Sungai Buloh belum selesai dianalisa.

Jelasn mereka lagi, antara sampel yang masih dalam kajian adalah:

  • Makanan daripada kejadian
  • Swab dari kawasan permukaan yang berkaitan
  • Peralatan dari tempat makanan disediakan
  • Sampel klinikal daripada pengendali makanan

Pengendali Makanan Disahkan Mengambil Vaksin Demam Kepialu

JKN turut mengesahkan bahawa pengendali makanan tersebut telah mengambil vaksin demam kepialu dan tidak melakukan apa-apa perkara yang boleh menyumbang kepada pencemaran.

Peniaga juga telah memecahkan telur ke dalam mangkuk dulu sebelum memasukannya di dalam kuali untuk digoreng. Malah, kesemua telur juga dicuci terlebih dahulu sebelum digunakan.

Proses penyediaan makanan membabitkan penggorengan telur, pembungkusan bihun yang dimasak semuanya dilakukan serentak oleh pengendali makanan yang sama.

Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Selangor).

Bahan-bahan untuk dimasak seperti telur dan bihun dibeli pada 7 Jun iaitu satu hari sebelum insiden keracunan makanan berlaku.

Telur yang digunakan dalam kejadian ini terdiri daripada telur ayam kampung. Selain telur goreng (telur mata kerbau), telur itu juga dicampurkan ke dalam bihun yang dimasak.

Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Selangor).

Walau bagaimanapun, punca keracunan makanan itu masih dalam siasatan.


Jumlah Mangsa Dilaporkan Mengalami Keracunan Makanan Semakin Bertambah

Terbaharu, 11 lagi mangsa telah dimasukkan ke dalam hospital berikutan keracunan makanan berbanding 82 mangsa yang dilaporkan semalam (12 Jun).

“Lima telah dimasukkan ke wad, manakala tiga lagi masih menunggu untuk disemak di Jabatan Kecemasan setakat 10 pagi tadi,” katanya.

Gambar sekadar hiasan.

2 Maut Selepas Makan Makanan Tercemar Dibawa Pulang Dari Sekolah

Terdahulu, seorang pelajar tingkatan lima dan kanak-kanak perempuan berumur dua tahun dilaporkan telah meninggal dunia akibat keracunan makanan.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Noor Arrifin Mohamad Nasir dalam satu kenyataan berkata kedua-dua mangsa maut selepas dipercayai menjamah bungkusan makanan yang dibawa dari sekolah.

Jelas beliau lagi, hidangan bihun dan telur goreng tersebut ditempah untuk satu program di sebuah sekolah agama di Sungai Cincin, Gombak, Selangor pada Sabtu lalu (8 Jun).

Kedua-dua mangsa telah meninggal dunia dua hari selepas memakan hidangan tersebut.

Baca Artikel Berkaitan: Remaja & Kanak-kanak 2 Tahun Maut Keracunan Makanan Selepas Jamah Bihun & Telur Goreng Dari Program Sekolah


Bagaimana Keracunan Makanan Boleh Berlaku Akibat Menjamah Hidangan Mengandungi Salmonella

Seseorang boleh dijangkiti bakteria Salmonella apabila makan makanan yang tidak masak sepenuhnya seperti kuning telur separuh masak.

Sekiranya anak kecil dijangkiti Salmonella, komplikasi yang akan ditanggung juga lebih tinggi dan berisiko mengundang maut seperti mana dilaporkan dalam kes terbaharu ini.

Sumber: Pexels/Facebook Jalan Jalan Cari Makan Penang

Tanda-tanda Seseorang Dijangkiti Bakteria Salmonella

Antara tanda-tanda anda dijangkiti Salmonella adalah seperti berikut:

  • Muntah
  • Sakit perut
  • Cirit-birit
  • Demam
  • Kekejangan pada bahagian perut
  • Rasa haus
  • Sukar membuang air kecil
  • Pening kepala

Walau bagaimanapun, bakteria Salmonella boleh dimatikan sepenuhnya dengan memasak menggunakan suhu sekurang-kurangnya 50 sehingga 100 darjah Celcius.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pakar Perjelas Bagaimana Telur Boleh Jadi Punca Keracunan Makanan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd