Now Reading
Johor Negeri Pertama Tandatangani Perjanjian MacMicheal, Serah Negeri Kepada British – Tun Mahathir

Johor Negeri Pertama Tandatangani Perjanjian MacMicheal, Serah Negeri Kepada British – Tun Mahathir

Menurut bekas Perdana Menteri itu, perjanjian terbabit dapat dibatalkan apabila orang Melayu di seluruh Semenanjung bergabung membantah serta menolaknya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Johor merupakan negeri pertama yang menandatangani Perjanjian MacMichael iaitu menyerahkan negeri terbabit kepada British.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun X rasmi miliknya (@chedetofficial), Tun Mahathir atau lebih dikenali sebagai Tun M mendakwa dalam perjanjian itu, hanya masalah pentadbiran agama Islam dan ada istiadat Melayu sahaja yang dikuasai oleh raja.


Perjanjian Dibatalkan Apabila Orang Melayu Bergabung, Menolak & Membantah

Menurut beliau, perjanjian itu dapat dibatalkan apabila orang Melayu di seluruh Semenanjung Tanah Melayu bergabung dalam pertubuhan UMNO dan membantah serta menolak perjanjian MacMichael serta Malayan Union.

“Demikianlah apabila semua orang Melayu dari semua negeri-negeri bergabung, British terpaksa tunduk kepada tuntutan mereka. Tuntutan orang Melayu ialah Persekutuan Tanah Melayu menggantikan Malayan Union,” ciap Tun M.

Menurut beliau lagi, selepas perjanjian terbabit dibatalkan, raja-raja Melayu mendapat kembali kuasa sebagai Raja Berperlembagaan (Constitutional Monarchy) dalam Demokrasi Berpalimen.

“Demikian sejarah. (Semua ini terdapat dalam verbatim report berkenaan Malayan Union keluaran British Archives),” jelas beliau.


Kenyataan Tun Mahathir Dilihat Sebagai Maklum Balas Terhadap Titah TMJ

Memetik sumber Astro Awani, kenyataan Tun Mahathir dilihat sebagai maklum balas terhadap titah yang dikeluarkan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) berhubung reformasi sistem Persekutuan.

Sebelum ini, Tunku Ismail menggesa reformasi sistem Persekutuan dilakukan dengan Johor dilayan sebagai rakan kongsi serta mencadangkan parti politik di negeri itu bersatu dalam gabungan dikenali ‘Gabungan Bangsa Johor’ bagi menjamin kepentingan negeri.

Rintitan daripada peristiwa itu, Johor pada semalam (12 Jun) memohon sekurang-kurangnya 30% hasil cukai negeri diberi kepada negeri itu.

Menurut Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi, permohonan berkenaan bertujuan memastikan ‘Bangsa Johor’ menikmati pembangunan yang lebih baik.

Baca Artikel Berkaitan: Johor Mohon 30% Hasil Cukai Negeri Dikembalikan Untuk Pembangunan Bangsa


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd