Now Reading
PLUS Aktifkan 18 Laluan ‘Smart Lane’ Sebagai Persediaan Hari Raya Aidiladha

PLUS Aktifkan 18 Laluan ‘Smart Lane’ Sebagai Persediaan Hari Raya Aidiladha

Pengaktifan laluan Smart Lane sekitar lebuh raya PLUS itu dilakukan bermula dari 14 hingga 18 Jun ini.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Hujung minggu ini pastinya ramai rakyat Malaysia yang beragama Islam akan pulang ke kampung halaman bagi menyambut Hari Raya Haji pada hari Isnin (18 Jun).

Apabila berbicara tentang balik kampung, perkara pertama yang akan dibayangkan adalah kesesakan lalu lintas yang perlu dihadapi.

Oleh itu, pihak PLUS Malaysia Berhad telah mengatur strategi bagi mengurangkan kesesakan orang ramai yang mahu pulang beraya.

Baca Artikel Berkaitan: Smartlane Di Lebuh Raya Dibenarkan Pada Waktu Tertentu. Ini Info Pemandu Perlu Ambil Perhatian


18 Laluan Smart Lane Diaktifkan Oleh PLUS Sekitar Malaysia

Menerusi ciapan dimuat naik di laman X (@plus2u), PLUS Malaysia Berhad akan mengaktifkan laluan Smart Lane di 18 buah lokasi bagi melancarkan pergerakan trafik sempena cuti Hari Raya Aidiladha.

Pengaktifan laluan Smart Lane itu dilakukan bermula dari 14 hingga 18 Jun ini.

Pengguna jalan raya boleh mengesan Smart Lane ini dengan melihat kelipan lampu berwarna hijau yang menunjukkan laluan tersebut telah diaktifkan.

Sumber: Soya Cincau/ MalayMail

Laluan Smart Lane ini boleh digunakan untuk kenderaan ringan, persendirian atau penumpang.

Ketika Smart Lane diaktifkan, lorong kecemasan yang sedia ada dibuka sebagai laluan tambahan untuk mengoptimumkan penggunaan semua laluan dan meningkatkan kapasiti lorong di laluan kritikal lebuh raya.

PLUS Malaysia Berhad.

18 lokasi pengaktifan Smart Lane adalah seperti berikut:

  1. Sungai Petani (Selatan) – Hentian Sebelah Tikam Batu, KM108.0 – KM112.0 (Arah Selatan)
  2. Bukit Tambun (Utara) – Plaza Tol Juru, KM150.4 – KM146.4 (Arah Utara)
  3. Bandar Cassia – Hentian Sebelah Sungai Bakap, KM155.5 – KM157.2 (Arah Selatan)
  4. Gua Tempurung – Gopeng, KM303.2 – KM297.0 (Arah Utara)
  5. Slim River – Sungkai, KM367.3 – KM354.0 (Arah Utara)
  6. Sungkai – Slim River, KM354.0 – KM356.0 (Arah Selatan)
  7. R&R Rawang – Sungai Buaya, KM439.5 – KM435.5 (Arah Utara)
  8. Hentian Sebelah Rawang – Persimpangan Rawang, KM437.1 – KM443.3 (Arah Selatan)
  9. Nilai – R&R Seremban, KM280.0 – KM276.0 (Arah Selatan)
  10. Putra Mahkota – Southville, KM289.4 – KM292.6 (Arah Utara)
  11. Restoran Jejantas USJ – Seafield (Lebuhraya ELITE), KM8.1 – KM6.1 (Arah Utara)
  12. Bandar Saujana Putra – Putra Heights (Lebuhraya ELITE), KM16.2 – KM13.2 (Arah Utara)
  13. Port Dickson – Seremban, KM260.0 – KM263.1 (Arah Utara)
  14. Ayer Keroh – Hentian Sebelah Kampung Bemban KM194.5 – KM184.0 (Arah Selatan)
  15. Kulai – Senai, KM27.0 – KM19.0 (Arah Selatan)
  16. Senai – Kulai, KM19.0 – KM27.0 (Arah Utara)
  17. Desa Palma – Pasir Gudang, KM4.5 – KM1.9 (Arah Selatan)
  18. Pandan – Kempas, KM0.4 – KM6.0 (Arah Utara)

Masa untuk setiap lokasi adalah berbeza berdasarkan keperluan serta pola trafik di lokasi dan ia boleh dirujuk melalui grafik di bawah.

Sumber: PLUS Malaysia Berhad

Panduan Menggunakan Smart Lane Di Lebuh Raya PLUS

Berikut adalah beberapa panduan untuk pengguna jalan raya menggunakan Smart Lane di Lebuh Raya PLUS.

Antaranya:

  • Sebelum pengaktifan Smart Lane, papan tanda pemberitahuan akan diletakkan pada jarak 1 kilometer dan 500 meter untuk persediaan pengguna.
  • Papan tanda peringatan untuk Smart Lane diletakkan setiap 500 meter sepanjang laluan Smart Lane dengan tambahan lampu hijau setiap 1 kilometer menandakan Smart Lane masih aktif.
  • Papan tanda pemberitahuan Smart Lane tamat diletakkan 200 meter sebelum titik tamat Smart Lane.
  • Pengguna diminta untuk tidak menggunakan lorong kecemasan di mana tiada laluan Smart Lane diaktifkan.

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd