Now Reading
Aplikasi Maybank2u Tidak Lagi Boleh Dimuat Turun Mulai 30 Jun Ini

Aplikasi Maybank2u Tidak Lagi Boleh Dimuat Turun Mulai 30 Jun Ini

Aplikasi Maybank2u tidak lagi boleh dimuat turun di mana-mana platform termasuklah Apple App Store, Google Play Store dan Huawei AppGallery.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bagi pengguna akaun Maybank sekalian, ada satu berita penting yang perlu diambil tahu melibatkan pengoperasian aplikasi bank ini.

Baru-baru ini, Maybank telah mengumumkan bahawa pengemaskinian bagi aplikasi Maybank2u MY akan dihentikan sepenuhnya bermula 30 Jun 2024.

Susulan itu, aplikasi tersebut tidak lagi boleh dimuat turun di mana-mana platform termasuklah Apple App Store, Google Play Store dan Huawei AppGallery.

Namun, bagi mereka yang masih mempunyai aplikasi Maybank2u (M2U) dalam telefon bimbit sebelum tarikh tersebut, ia masih boleh diakses buat masa ini.


Maybank Syorkan Pengguna Beralih Ke Aplikasi MAE

Menerusi pengumuman yang dibuat di laman web, Maybank walau bagaimanapun mengesyorkan agar para pengguna beralih menggunakan aplikasi MAE pula.

Ini kerana aplikasi berkenaan mempunyai ciri-ciri hampir sama seperti di dalam Maybank2u dan memiliki lebih banyak ciri tambahan yang lengkap dengan fungsi perbankan, pengurusan gaya hidup dan juga langkah keselamatan lebih terjamin.

Sumber gambar: Goody Malaysia/ WeirdKaya

Keputusan ini dibuat sebagai langkah usaha bagi memastikan pengalaman perbankan dalam talian menerusi aplikasi MAE semakin dipertingkatkan dan dikemas kini.

Sekiranya para pengguna masih mahu mengakses akaun secara atas talian, ia boleh dilakukan dengan melayari laman web Maybank2u

Sementara itu, Maybank turut menegaskan agar pengguna tidak memuat turun aplikasi Maybank2u daripada mana-mana sumber tidak rasmi bagi mengelakkan risiko peranti terdedah dengan Scam Malware.

Baca Artikel Berkaitan: Pengaktifan Baharu Ciri Maybank Secure2U Akan Beralih Ke MAE Mulai 26 September

Baca Artikel Berkaitan: Maybank Jadi Bank Ke-3 Umum Pengecualian Caj QR Duitnow Selepas CIMB & Public Bank


Ciri-ciri Yang Wujud Dalam Aplikasi MAE

Aplikasi MAE ini memiliki ciri-ciri utama yang lebih padat berbanding aplikasi Maybank2u yang sudah pastinya boleh memudahkan urusan seharian anda.

Antara ciri-ciri yang terdapat dalam MAE adalah:

  • Boleh menerima dan menghantar wang.
  • Boleh menjejaki setiap transaksi dengan mudah.
  • Mengesahkan transaksi melalui Secure2u.
  • Boleh membuka tabung untuk simpanan.
  • Boleh menjejaki perbelanjaan.
  • Wujud ciri ‘Split Bill’.
  • Kadar penukaran mata wang asing yang lebih baik dengan menggunakan kad MAE.

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd