Now Reading
MOTAC Terima Ancaman Bom Di Putrajaya, Staf & Pelawat Diminta Kosongkan Bangunan

MOTAC Terima Ancaman Bom Di Putrajaya, Staf & Pelawat Diminta Kosongkan Bangunan

Terdapat sebuah bungkusan yang dihantar melalui perkhidmatan penghantaran dan dipercayai kakitangan MOTAC melihat bentuknya seperti bom.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Ibu pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) di Putrajaya hari ini (5 Jun) berdepan detik cemas selepas menerima ancaman bom di tingkat 14.

Kejadian yang berlaku sekitar jam 3:40 petang itu telah menyebabkan kesemua kakitangan serta pelawat untuk mengosongkan bangunan dengan segera bagi tujuan keselamatan.

Kesemua mereka telah diminta untuk bergerak di padang berhampiran di bangunan tersebut.

Memetik Astro Awani, difahamkan bungkusan yang diilihat seperti bom tersebut telah dihantar menggunakan perkhidmatan penghantaran ke tingkat 14 sebelum ditemui oleh kakitangan.

Walau bagaimanapun, kesahihan bungkusan yang ditemui itu belum dikenal pasti.

Susulan itu, pihak bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Unit Pemusnah Bom turut dikejarkan ke lokasi terbabit.

Sumber: MOTAC

Perkara ini turut dikongsikan oleh Penolong Kanan Naib Presiden, Kandungan Berjenama, Astro AWANI, Zaiful Mohd Ariffin yang berada di lokasi kejadian bagi menghadiri mesyuarat di sana.

“Kakitangan kementerian telah melihat bungkusan berkenaan dan ia dilihat seperti bom. Ketika ini kita masih belum tahu mengenai bungkusan tersebut.

“Tetapi sebagai langkah keselamatan, kakitangan telah diarahkan untuk mengosongkan bangunan,” katanya.

Jelas Zaiful, tingkat 14 bangunan tersebut adalah pejabat sementara bagi Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing.

BERITA LANJUT MENYUSUL.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd